Mohon pengampunan Najib desakan akar umbi

Mohon pengampunan Najib desakan akar umbi

JOHOR BAHRU – Keputusan UMNO memohon pengampunan penuh buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan hari ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd. Hairi Mad Shah yakin keputusan itu akan difahami kerana ia merupakan desakan daripada akar umbi UMNO.



“Saya tidak rasa perkara itu akan menjejaskan hubungan antara parti dalam kerajaan, perlu faham keputusan ini adalah kehendak ahli parti yang mahukan keadilan dibuat oleh parti politik yang mereka dukung

“Sebab itu MKT UMNO telah ambil keputusan untuk memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk beri pengampunan diraja buat bekas Perdana Menteri itu.

“Selama ini kita (UMNO ) juga tidak pernah meminta perkara sedemikian, tetapi UMNO yang seringkali mempertahan institusi agama, bangsa dan diraja, dulu kini dan selamanya,” katanya selepas menghadiri Majlis Program Bubur Lambuk Orang Muda Johor yang diadakan di PPR Seri Stulang, di sini hari ini.

Mohd. Hairi yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO turut berkata, pihaknya mewakili golongan muda memohon agar keputusan tersebut dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong.



“Sudah tentu saya mewakili anak muda memohon Yang di-Pertuan Agong agar dapat mempertimbangkan permohonan mengadap dibuat presiden dan rakan-rakan MKT UMNO yang lain,” tambah beliau.

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat keputusan untuk memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong bagi mempertimbangkan pengampunan penuh kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, ia sebagaimana kuasa diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Mohd. Hairi turut memberitahu, kehadiran Kah Eng yang juga merupakan Ketua Pengimbang Johor menunjukkan politik negeri ini telah menuju ke arah politik matang. MG



Mohon pengampunan Najib desakan akar umbi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof



Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker