Pesawah dapat ‘duit raya’ tambahan Bernas RM250 seorang

Pesawah dapat ‘duit raya’ tambahan Bernas RM250 seorang

Padiberas Nasional Bhd (Bernas) menyalurkan sumbangan sebanyak RM20 juta lagi kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk diagihkan kepada pesawah di empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.

KPKM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM250 kepada setiap pesawah itu akan memanfaatkan 81,153 pesawah berdaftar di negeri berkenaan.



Katanya, pembayaran sumbangan itu akan diselesaikan sebelum Jumaat ini bagi pesawah yang mempunyai maklumat lengkap.

“Pesawah di negeri lain akan menerima bantuan khas tersebut pada peringkat seterusnya setelah baki sumbangan disalurkan oleh Bernas kelak,” katanya.

Sebelum ini, sebanyak RM10 juta disalurkan kepada KPKM pada penghujung tahun lalu dan telah diagihkan kepada tiga negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ia merupakan sumbangan Bernas sebanyak RM60 juta kepada pesawah yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 5 Dis tahun lepas.



Bantuan itu juga merupakan tambahan kepada Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 yang diberikan kepada setiap pesawah seperti diumumkan oleh perdana menteri pada 29 Mac lalu. FMT

Pesawah dapat ‘duit raya’ tambahan Bernas RM250 seorang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Cerai kerana anak – Syamsul Yusof

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan



Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker