Nabila Razali korek kisah lain

Nabila Razali korek kisah lain

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali bersyukur selepas novelnya berjudul Kerana Cinta Itu Ada meraih sambutan luar biasa dalam kalangan pembaca.

Novel terbitannya itu turut berpeluang dijadikan drama rantaian di TV3 itu menerima maklum balas positif selepas melihat lakonannya bersama Aedy Ashraf.



Katanya, novel itu dicetak sebanyak empat peringkat dan mendapat tempat dalam senarai utama buku laris terjual di kebanyakan kedai buku.

“Alhamdulillah, saya gembira novel Kerana Cinta Itu Ada sudah dicetak sebanyak empat peringkat.

“Itu salah satu pencapaian yang tak pernah disangka sebab orang selalu terbitkan album. Dan ini pula novel.

“Jadi, ia adalah benda baru untuk saya sebagai penyanyi,” katanya.



Dalam pada itu, Nabila berhasrat menerbitkan novel lain sekiranya ada kelapangan waktu.

“Semestinya, pencapaian ini menaikkan semangat saya untuk buat menghasilkan novel lagi. Insya-Allah, kalau ada kesempatan dan masa, saya korek lagi pengalaman yang ada untuk buat novel lain,” jelasnya. BH

Nabila Razali korek kisah lain

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker