Nasi kerabu basi, berlendir

PUNCAK ALAM – Hasrat tiga sekeluarga menikmati juadah berbuka puasa terbantut apabila nasi kerabu dibeli di sebuah bazar Ramadan di daerah Kuala Selangor basi dan berlendir.

Situasi itu dialami sendiri, Rosnah (bukan nama sebenar), 49, dan suaminya, 47 serta anak perempuan mereka berusia 30 tahun.

Rosnah berkata, makanan kegemaran mereka sekeluarga itu dibeli anak perempuannya kira-kira jam 6.15 petang Rabu.

“Anak saya yang baru pulang dari kerja terus singgah ke bazar Ramadan dan membeli tiga bungkus nasi kerabu untuk juadah berbuka puasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis

Menurut Rosnah, sejurus berbuka puasa, mereka sekeluarga terkejut apabila juadah itu bertukar rasa masam dan berlendir.

“Sebaik kami buka bungkusan nasi kerabu, kami rasa tak sedap hati kerana terhidu bau kurang menyenangkan.

“Setelah menjamah nasi ternyata ia sudah lembik, manakala kelapa pula basah dan berasa masam,” ujarnya.

Jelas Rosnah, tiga nasi kerabu itu dibeli pada harga RM8 sebungkus dan itu pengalaman pertama mereka membeli di bazar Ramadan.

“Biasanya saya memasak di rumah, tetapi disebabkan sibuk mengemas rumah untuk berpindah, kami mengambil keputusan membeli di bazar Ramadan.

“Saya tidak sangka pula ia terjadi kepada kami dan berharap peniaga lebih bertanggungjawab dalam memastikan makanan dijual berkualiti dan tidak tercemar,” ujar Rosnah.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker