Bomoh santau rogol remaja dalam tandas sehingga hamil

Bomoh santau rogol remaja dalam tandas sehingga hamil

MUAR: Seorang bomoh bakal berdepan hukuman penjara 80 tahun serta sebatan selepas didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja sehingga hamil sejak tahun lalu dan Julai tahun ini.

Tertuduh, Zemi Rahim, 50, yang juga jurulatih Muay Thai bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibaca berasingan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.



Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual serta merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun semasa mendapatkan rawatan membuang santau, dalam tandas sebuah rumah di Pagoh, dekat sini, November 2022.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 akta sama serta Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi kedua-dua seksyen ini adalah penjara hingga 20 tahun dan juga sebatan untuk setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa sekali lagi didakwa merogol mangsa pada April lalu dengan kejadian terakhir dilaporkan berlaku pada Julai lalu. Semua kejadian berlaku di tempat sama.



Berdasarkan fakta kes, mangsa bersama ahli keluarga mahu mendapatkan rawatan kerana didakwa terkena santau.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Muhkliz Azman Aziz dilaporkan berkata ketika sedang menjalani rawatan tertuduh kemudian mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu terhadap mangsa dalam tandas rumahnya.

“Mangsa mengetahui dirogol selepas mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada September lalu, sebelum membuat laporan kejadian pada 27 Oktober lalu,” katanya.

Tertuduh sebelum ini berhadapan empat pertuduhan amang seksual seorang remaja berusia 16 tahun namun tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, bulan lalu.



Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan mengemukakan dua cadangan sama ada tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin ataupun ikat jamin RM7,500 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 Disember ini untuk sebutan semula kes, laporan kimia dan perubatan serta lantikan peguam. BH

Bomoh santau rogol remaja dalam tandas sehingga hamil



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini



Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof



Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker