Laksa semut, lalat goreng antara aduan terhadap bazar Ramadhan

Laksa semut, lalat goreng antara aduan terhadap bazar Ramadhan

Bersempena bulan puasa, ramai yang teruja untuk membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan.

Kemeriahan yang hanya dapat dirasa setahun sekali ini sudah pasti tidak akan dilepaskan oleh orang ramai.

Namun, setelah lebih kurang seminggu menyambut bulan Ramadhan, terdapat banyak komen negatif diutarakan oleh ramai di media sosial.

Rata-rata mereka menyuarakan pendapat bahawa makanan di bazar Ramadan semakin mahal.

Menurut seorang pengguna Twitter antaranya berkata dia membayar RM17 untuk separuh nasi berlaukkan ayam lemon dan sayur di bazar sekitar Shah Alam.

“(Saya) tidak mahu lagi pergi ke bazar,” itulah yang diluahkannya setelah merasakan harganya terlalu mahal.

Selain harga, ramai juga yang mengadu tentang kualiti makanan yang didakwa teruk, selain kebersihan makanan yang dijual.

Dalam satu kes di Hulu Langat, pengguna Twitter Sufiyatunnur, 26, hilang selera makan apabila mendapati terdapat semut hitam dalam kuah laksanya.

Laksa utara itu (gambar atas sekali) dibelinya dengan harga RM6.

“Setiap kali Ramadan mesti akan ada kes macam ini, saya pun peniaga bazar juga tetapi kualiti dan kebersihan makanan tetap kena jaga.

“Apa lagi harga barang sudah makin mahal, kesian pelanggan yang berkira kira duit nak beli makan tapi dapatnya yang dah basi, kotor dan tak berbaloi,” katanya.

Nasib sama juga yang dihadapi oleh seorang juruteknik yang hanya mahu dikenali sebagai Ferdaus.

Lelaki 23 tahun itu berkata nasi campur yang dibelinya olehnya di sebuah bazar di Pulau Pinang dicemari dengan lalat yang dibungkus bersama.

“Dah habis makan sambil tengok movie dah, baru tahu dapat lalat goreng,” tulisnya di Twitter.

Martabak hangit

Sementara itu, Umar, 26 yang juga pengguna Twitter pula memuat naik gambar martabak hangit yang dibeli olehnya di sekitar Cyberjaya.

“Apalah nasib dapat peniaga tidak telus ini, selalu nampak dekat Twitter sahaja hari ini kena dekat batang hidung sendiri,” begitulah luahannya.

Dia juga berharap supaya orang lain tidak menjadi mangsa sepertinya dan berpesan kepada peniaga agar jujur dalam berniaga.

Katanya, keberkatan itu lebih penting daripada keuntungan yang diraih.

Briyani basi

Begitu juga dengan Reen Aminuddin, 33, apabila terbeli nasi briyani kambing yang dibelinya basi.

Nasi briyani kambing yang berharga RM18 itu dibeli di sebuah bazar di Melaka.

Menurutnya, bungkusan itu berbau masam, nasi berlendir serta kuahnya berbuih.

Bukan itu sahaja, popia Vietnam berharga RM12 yang dibelinya juga berlendir dan berbau masam.

Dia mengesyaki makanan tersebut adalah lebihan daripada jualan yang tidak habis pada hari sebelumnya lalu dijual semula pada hari berikutnya.

Pada pendapatnya, juadah yang tidak habis pada hari tersebut seeloknya disedekahkan pada orang yang memerlukan.

Fikirlah juga nasib pelanggan yang mengeluarkan duit untuk membeli juadah berbuka puasa tetapi tidak dapat menikmatinya, kata Reen. Mk

Laksa semut, lalat goreng antara aduan terhadap bazar Ramadhan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker