Saya bukan kayu – Timbalan Speaker

Saya bukan kayu – Timbalan Speaker

“Saya rasa Peraturan 35 itu bukan main-main.

“Dalam dewan ini semuanya dewasa dan saya duduk sini bukan kayu ya,” sindir Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor.

Beliau menyindir ahli parlimen Perikatan Nasional (PN), Misbahul Munir Masduki selepas Ahli Parlimen Parit Buntar itu tidak mengendahkan arahannya untuk duduk sebaliknya berterusan ‘mengusik’ Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek supaya menjawab soalan diajukan beliau pada sesi sebelum ini walaupun secara bertulis.

Usikan berbaur desakan itu bermula apabila Misbahul mencelah ketika Fadhlina yang menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi KPM di Dewan Rakyat petang ini menyentuh mengenai isu perabot, meja dan kerusi untuk sekolah padat bagi menjawab soalan dikemukakan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu).

Misbahul: ParitBuntar tak sebut lagi.

Fadhlina: Parit Buntar saya tak nak kawan hari ini.

Misbahul: Amboi sombongya.

Fadhlina: Parit Buntar tak baik cakap saya macam ini.

Fadhlina memaklumkan, beliau memang bukan guru, namun berpengalaman mengajar 10 tahun untuk Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Syarie di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Saya mengajar bakal hakim syarie, pendakwa syarie dan peguam syarie.

“Jadi, tak perlu pertikai soal saya nak berlakon mengajar. Jangan begitu Parit Buntar,” katanya.

Celahan dan penjelasan berkenaan menyebabkan Fadhlina kehilangan masa, namun Ramli membenarkan sesi penggulungan itu diteruskan selama tiga minit.

Terdahulu, ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2023 bagi Kementerian Pendidikan Misbahul menyindir, Fadhlina supaya meletakkan dirinya sebagai guru dengan mengajar selama seminggu bagi memahami kesulitan dialami golongan pendidik akibat beban tugas berat.

Katanya, segelintir golongan itu terpaksa membawa pulang kerja tertangguh ke rumah kerana perlu mengurus isu pengurusan, pembelajaran, sukan, peperiksaan, aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Misbahul mencadangkan pelantikan pegawai bagi mengurus tugas pengkeranian, pemarkahan dan tugasan lain bagi meringankan beban guru. BH

Saya bukan kayu – Timbalan Speaker

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana

Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker