Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah

Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah

Kuala Nerus: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir di sini malam ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata, pembabitan kembali bekas Menteri Besar itu diharap dapat membantu membangunkan Ketengah sebagai hub pengeluaran makanan dan hub pelancongan di Terengganu.

Beliau berkata, Ketengah juga akan memberi tumpuan dalam melahirkan usahawan baharu di kalangan penduduk dari kawasan luar bandar.

Ahmad sebelum ini pernah dilantik memegang jawatan sebagai Pengerusi Ketengah pada 15 Mei tahun lalu.

Perlantikannya itu bagi menggantikan Senator Datuk Razali Idris. HM

Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana

Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker