Kami terpaksa naikkan harga – peniaga Bazar Ramadhan

‘Kalau kekal harga kami rugi’, keluh peniaga bazar Ramadhan

Kami terpaksa naikkan harga – peniaga Bazar Ramadhan

Bukannya tidak menyedari rungutan pengguna bahawa harga makanan di bazar Ramadhan semakin mahal, namun rata-rata peniaga mendakwa mereka tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menaikkan harga jualan susulan peningkatan mendadak harga bahan mentah.

Mereka mendakwa, mahu tidak mahu, harga jualan terpaksa dinaikkan bagi mengelak peniaga berdepan kerugian.

Peniaga di bazar Ramadan Sungai Penchala, Abd Aziz Kamarudin, 36, berkata kenaikan harga barang mentah membuatkan peniaga terbeban serta tidak dapat mengekalkan harga jualan lama.

“Kita tahu ramai yang kata harga makanan di bazar semakin mahal, tetapi pelanggan kena faham kami ini meniaga kalau kekalkan harga sama, kami yang akan rugi sebab harga barang mentah naik banyak, jadi tahun ini kami terpaksa naikkan harga jualan antara RM1 ke RM2.

“Ada pelanggan yang cakap mahal, tetapi kami tidak boleh nak buat apa sebab bahan mentah yang sampai memang macam tu, kadang-kadang barang tiada, bila bahan mentah terhad, harga memang akan melambung,” katanya.

Peniaga masakan panas di bazar Ramadan sama, Ramlah Abdullah, 59, berkata, jumlah pengunjung yang membuat pembelian ke bazar tidak serancak tahun-tahun sebelum ini.

Dia yang sudah lebih 20 tahun meniaga, berkata kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini membuatkan orang ramai lebih berhati-hati ketika membuat pembelian dengan mengambil langkah berjimat cermat.

“Sekarang ini nak dapat untung lumayan macam dulu pun susah, modal dulu RM300 dah boleh beli macam-macam, tetapi sekarang lebih RM500, itu pun kena jimat ambil yang perlu sahaja.

“Orang yang datang ke bazar sudah tak macam dulu, kita tengok macam ramai, yang ramai datang pun sekadar nak menikmati suasana, bila tengok harga mereka fikir dua tiga kali kalau nak beli,” kata Ramlah.

Sementara itu, pekerja swasta yang juga pengunjung, Nabila Bahrin, 30, berkata dia sedia maklum peningkatan harga mentah memaksa peniaga menaikan harga, namun apa yang dikesali terdapat segelintir peniaga yang menaikkan harga keterlaluan.

“Kita faham bahan mentah naik harga, kalau RM1 atau RM2 naik kita beli juga, yang kita kesal bila ada yang naik harga macam tidak masuk akal, baru-baru ini murtabak saya biasa beli berharga RM4, sekarang ada yang jual sampai RM10 ringgit sekeping,” katanya.

Suri rumah Nurdini, 36, pula berkata dalam memilih juadah yang hendak dibeli, pengguna perlu bijak membuat pilihan kerana tidak semua peniaga yang menaikkan harga jualan barangan mereka secara melampau.

“Saya dah pergi beberapa bazar, saya perasan ada bazar lain yang harga jualan barangannya lebih mahal berbanding di sini (Bazar Ramadan Sungai Penchala), jadi kita sebagai pembeli jika nak jimat kena bijak memilih di mana kita nak membeli,” katanya. BH

Kami terpaksa naikkan harga – peniaga Bazar Ramadhan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh

Diana peroleh hadanah interim dua anak

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker