Hakim wanita pakai tudung di mahkamah Amerika

Hakim wanita pakai tudung di mahkamah Amerika

WASHINGTON – Seorang peguam, Nadia Kahf dilantik menjadi hakim memakai hijab pertama di Mahkamah Tinggi New Jersey, lapor media tempatan seperti dilaporkan agensi berita Anadolu Agency semalam.

Nadia yang merupakan lulusan undang-undang dan berasal Syria, mengangkat sumpah jawatan kelmarin dengan menggunakan kitab suci al-Quran, demikian menurut laman web berita tempatan, North Jersey.

Wanita itu akan berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah selepas Gabenor New Jersey, Phil Murphy mencalonkannya setahun lalu.

Walaupun Nadia bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau adalah yang pertama memakai tudung kepala di kamar mahkamah.

Sejak 2003, beliau telah menganggotai lembaga Majlis Perhubungan Amerika-Islam bahagian New Jersey iaitu sebuah pertubuhan hak-hak sivil Muslim di mana Nadia kini berkhidmat sebagai Pengerusi.

Beliau juga merupakan penasihat undang-undang kepada Wafa House iaitu sebuah agensi antikeganasan rumah tangga yang berpangkalan di bandar Clifton dan Nadia juga merupakan Pengerusi Pusat Islam Daerah Passaic. K Online

Hakim wanita pakai tudung di mahkamah Amerika

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker