Polis rampas 500 kilogram dadah disorok dalam uncang teh

Pihak berkuasa Filipina dilaporkan merampas lebih 500 kilogram disyaki dadah jenis methamphetamine yang disembunyikan dalam uncang teh, hari ini.

Memetik laporan Arab News, seorang suspek yang disyaki pengedar turut ditahan di sebuah bandar peranginan pergunungan utara China.

Pihak berkuasa Filipina memaklumkan, rampasan dadah di bandar Baguio itu dianggarkan bernilai $74 juta (RM 326.9) sekali gus antara yang terbesar pernah direkodkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Difahamkan, sindiket tempat persembunyian dadah yang dikenali sebagai Shabu berjaya dijejak pihak berkuasa di Baguio, sebuah destinasi pelancongan popular terkenal dengan pemandangan gunung dan pokok pain.

Menurut Setiausaha Dalam Negeri, Benhur Abalos dan pegawai polis, bandar raya Manila tidak dijadikan lokasi penyimpanan memandangkan wilayah itu mengenakan tindakan berat anti-dadah yang berterusan.

Terdahulu, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr yang memegang jawatan sejak Jun lalu berikrar untuk melaksanakan hukuman berat terhadap gejala berkaitan dadah yang menyebabkan ribuan individu terlibat meninggal dunia.

Namun katanya, ia akan dilakukan secara berbeza dan lebih menumpukan kepada pemulihan penanggungan dadah.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh

Diana peroleh hadanah interim dua anak

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker