Apa nak jadi-jadilah, wanita separuh abad nekad lawan peragut [VIDEO]

Seorang wanita separuh usia nekad melawan dua peragut yang mencuri telefon bimbit miliknya, menyebabkan mereka  melarikan diri kerana ketakutan, lapor program berita Liputan6 kelmarin.

Klip video mengenainya  yang tular di laman Instagram menunjukkan wanita terbabit melawan dua peragut yang cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal setelah mencuri telefon bimbit mangsa.

Jenayah ragut itu dilakukan oleh dua orang pemuda.

Namun, ketika  cuba melarikan diri, wanita tersebut dengan pantas menghalang motosikal mereka dengan memegang bahagian tempat duduk belakang.

Kudrat wanita itu sungguh kuat sehingga mampu menghalang motosikal tersebut dan menyebabkan  kedua-dua peragut terjatuh.

Selepas bertarung untuk seketika,  kedua-dua penjenayah itu segera beredar  dan meninggalkan motosikal mereka  kerana bimbang akan ditangkap oleh penduduk sekitar.

Video itu mendapat perhatian netizen yang  memuji keberanian wanita berkenaan.

“Memang hebat. Kuasa mak cik memang tidak ada lawan. Motosikal yang dinaiki dua lelaki terus jatuh,” kata seorang netizen.

“Meskipun telefon bimbitnya dibawa lari, apabila difikirkan kembali, dia mendapat motosikal yang ditinggalkan oleh dua pencuri tersebut,” ujar seorang lagi pengguna media sosial.  – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana

Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker