Pemimpin tertinggi PN takut ke?

Mungkinkah pemimpin pembangkang tak datang Parlimen kerana takut?

Pemimpin tertinggi PN takut ke?

Tiga pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) sekali lagi didakwa gagal memanfaatkan Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) selepas tidak hadir di Dewan Rakyat ketika sesi terbabit berlangsung pagi ini.

Perkara itu dikongsikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ciapan di Twitter selepas memuat naik gambar memaparkan tempat duduk kosong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (Marang).

“Ketua Pembangkang (Yang Berhormat Larut), Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Marang sekali lagi tidak muncul dan tidak bertanya soalan bagi PMQ.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hadir,” ciapnya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyindir tiga pemimpin berkenaan kerana tidak memanfaatkan sesi berkenaan untuk berdebat dan bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

Sikap Presiden BERSATU, Presiden PAS dan Setiausaha Agung BERSATU itu, katanya, menggambarkan mereka bertiga cuma berlagak menjadi ‘hero’ di luar Parlimen.

“Tempat berdebat dalam Parlimen tetapi kamu tidak sanggup berdepan dan bertarung sebagai anak jantan.

“Belum pernah dalam sejarah Parlimen, Perdana Menteri berdepan (wakil rakyat) pada Selasa selama 30 minit, kita panggil PMQ, …Ahli Parlimen boleh tanya apa saja soalan, Perdana Menteri akan jawab,” katanya. BH

Pemimpin tertinggi PN takut ke?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana

Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker