Pembunuh kucing di penjara 2 tahun, didenda RM50,000
Pembunuh kucing di penjara 2 tahun, didenda RM50,000
Lelaki yang didakwa membunuh dan menyimpan puluhan bangkai kucing di sebuah kondominium di Cheras sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun serta denda RM50,000.
Hukuman tersebut dijatuhkan Mahkamah Kuala Lumpur selepas lelaki berasal dari Sarawak itu didapati bersalah kerana menyebabkan kesengsaraan hingga kematian kucing-kucing dibawah jagaannya.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, penzalim pembunuh kucing kondo telah dijatuhi hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini.
Jelasnya, lelaki terbabit dituduh mengikut Seksyen 29 (1)(d) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
“Kepantasan dua pegawai polis mengesan dan membuat pertuduhan kepada penjenayah haiwan ini amat dipuji selepas mengambil alih kes daripada Balai Polis Salak South yang tidak mengendahkan kes ini sebelumnya.
“Terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) kerana menyelesaikan kes pembunuhan kucing yang sadis dan membahayakan ini dengan baik,” tulisnya di laman Facebook.
Mengulas lanjut, Arie berkata, kes itu juga merupakan kes ‘precedent’ atau kes pertama mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 sejak ia diperkenalkan di negara ini.
“Tahniah dan syabas daripada seluruh warga Persatuan Haiwan Malaysia dan pencinta kucing seluruh negara,”ujarnya.
Sebelum ini, Arie memaklumkan, puluhan bangkai yang dipercayai bangkai kucing disimpan di kondominium terbabit dan perkara itu terbongkar selepas pemilik rumah membuat pemeriksaan.
Kata Arie, terdapat anggota badan haiwan yang dikerat-kerat, selain daging dikisar lumat di dalam kondominum terbabit. K Online
Pembunuh kucing di penjara 2 tahun, didenda RM50,000
Baca Artikel Menarik:
- Anak mengaku salah kelar ibu, adik
- Sup kaki ayam zombie bazar Ramadhan
- Ibu Neelofa Kongsi Amalan Bidaah Baca Bismillah 787 Kali – Ustaz Syihabudin
- Haidar Hasanudin dituduh mabuk ketika memandu
- Yusof Haslam bersama bapa Sarah
- Lawatan Anwar ke Arab Saudi memalukan – Khairy
- Mana Syamsul, tanya netizen
- Penduduk sabotaj kamera trafik ‘cekik darah’
- Reen Rahim akhirnya bangun sahur
- 4 orang ditahan gaduh sesama jiran gara-gara halang laluan koridor
- Along hina Islam, ugut peminjam
- Peniaga sembunyi lauk dalam tandas, nasi bungkus dalam mesin basuh
- Dakwaan bolot kekayaan negara, Mahathir melenting dengan Anwar!
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil