Murtabak harga T20 di bazar Ramadhan

Murtabak harga T20 di bazar Ramadhan

Ada peniaga di bazar Ramadhan cuba meraih keutungan berlebihan dengan mengenakan harga juadah berbuka puasa terlalu mahal kepada pembeli.

Melalui perkongsian di media sosial Facebook oleh Na Ma, dia terkejut melihat harga sebiji martabak yang dikenakan oleh peniaga di sebuah bazar Ramadan.



Menerusi gambar yang dikongsi itu, peniaga tersebut mengenakan harga martabak daging atau ayam istimewa berharga RM20 setiap satu manakala RM17 bagi martabak biasa.

“Silap masuk Bazar T20 ni,” kata Na Ma tanpa menyebut di mana lokasi bazar Ramadhan tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan peniaga berkenaan dan menyifatkan harga makanan tersebut tidak masuk akal.

“Berniaga satu hari saja ni, lepastu boleh pusing dunia,” kata Syed Khairi.



“Tahun ini, lebih baik makan bufet jauh lebih murah berbanding dekat bazar. Mahal sangat sekarang ni,” ujar Jenna.

“Boleh beli lapan martabak kalau RM20, berbuka sampai sahur. Nak kata saiz besar terang-terang tahu saiznya mungkin inti murtabak rusa atau kambing siapa tahu tapi terang-terang tulis daging dan ayam,” kata Navindra. K Online

Murtabak harga T20 di bazar Ramadhan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hattan ‘sound’ Syamsul ke?

Rosyam buka cerita Aaron Aziz ‘kena buang’ Syamsul



Giliran Shaarnaz buka mulut mengenai Aaron Aziz dan Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker