Calon Menteri Besar Perikatan Nasional di Selangor dan N9 telah dimuktamadkan
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) telah memuktamadkan calon Menteri Besar atau ‘poster boy’ mereka di Selangor dan Negeri Sembilan bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya yakin mampu merampas semula kedua-dua negeri berkenaan selain mengambil sebahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
“PN dah ada calon Menteri Besar di Selangor dan Negeri Sembilan iaitu calon ‘poster boy’ kita. Kita akan ketengahkan calon Menteri Besar kita.
“Kita dah siap sedia untuk berjuang dan akan pertahankan negeri (pimpinan) kita serta akan ambil negeri Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam sidang akhbar pada Iftar Ramadan sempena Kempen Dana #Aid4Turkiye&Syria anjuran PasRelief di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PasRelief memberitahu, bagi berdepan PRN, PN telah hampir selesai pembahagian kerusi di enam negeri yang terlibat.
“Kita juga telah lancarkan jentera PRN iaitu gegar gempur 100 hari selain menubuhkan jawatankuasa jentera PRN di peringkat DUN, Parlimen dan negeri,” ujarnya.
Muhammad Sanusi berkata, PN turut melantik mas’ul atau koordinator di enam negeri yang terlibat PRN membabitkan pemimpin Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menurutnya, di Negeri Sembilan koordinator yang dilantik adalah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Idris (Pulau Pinang) dan Tuan Ibrahim serta Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin di Selangor.
“Dengan pendekatan ini kalau ada isu yang timbul, mas’ul akan bincangkan agar ia boleh diselesaikan dengan cepat dan pantas,” ujarnya.
Katanya, PN menjangkakan PRN akan diadakan pada minggu keempat Julai atau minggu pertama Ogos nanti.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kekasih Shuib, Watie ditegur pakai baju balut badan
- Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah
- Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023
- Monopoli Puspakom periksa kenderaan tamat tahun depan
- Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul
- Senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2023
- Zahid saman Mahathir, bicara 6 November
- Aligator gergasi lintas jalan
- Telekung apa ni Vida?
- Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz
- Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India
- Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk
- Pelajar maut jatuh tingkat enam kecewa mesej tidak dibalas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah