PRN: Gerakan tunjuk taring, guna kekuatan PAS Bersatu tanding di semua negeri

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyuarakan hasrat meletak calon parti itu bertanding di semua negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menjelaskan, rundingan pemilihan kerusi pada PRN akan datang juga telah dibuat bersama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Kita menghantar kurang daripada 70 nama kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk dipertimbangkan,” katanya pada sidang media Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan Yang Ke-51 di ibu negara pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini berhubung Gerakan patut dibubarkan kerana tidak dapat mandat rakyat.

Menurut Dominic, walaupun tidak mendapat mandat daripada rakyat tetapi Gerakan akan terus kekal relevan.

Beliau berkata, Anthony Loke tidak faham kenapa Gerakan terus kekal relevan walaupun sudah kalah dalam beberapa pilihan raya.

“Ini kerana Gerakan bukan seperti DAP. Mendapat mandat daripada menipu rakyat dengan janji-janji kosong.

“Sebelum pilihan raya mereka cakap ingin iktiraf UEC (Sijil Peperiksaan Bersama), AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971), dan pilihan raya kerajaan tempatan. Mana janji-janji itu? Penipuan ini dibuat untuk mendapat mandat rakyat tetapi mereka hanya diam selepas mendapat mandat,” jelasnya.

Tambah Dominic, Gerakan akan terus kekal relevan kerana mempunyai prinsip dan akan menunaikan janji-janji sekiranya diberi mandat pada pilihan raya akan datang.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker