Hanya Serendah RM180, Selaput Dara Tiruan Dijual Online, Bahaya Menanti Anda..Berhati Hati

Hanya Serendah RM180, Selaput Dara Tiruan Dijual Online, Bahaya Menanti Anda..Berhati Hati

TOPIK mengenai keperawanan atau dara mungkin masih tabu dalam kalangan masyarakat kita, namun ia cukup penting bagi sebilangan individu khususnya bakal pengantin baharu.

Percaya ataupun tidak, inilah realiti yang terjadi pada hari ini. Barangan seperti ini dijual secara berleluasa dengan harga bermula RM180 tanpa sebarang kawalan. Sesiapa sahaja boleh mendapatkannya dengan begitu mudah



Malah, ada gadis yang sudah tidak perawan risau sejarah hitam mereka terbongkar sekiranya tidak mengalami pendarahan ketika aktiviti seksual bersama suami pada malam pertama selepas mendirikan rumah tangga.

Semakan mStar menerusi sebuah platform e-dagang terkenal mendapati wujud penjualan ‘selaput dara tiruan’ yang didakwa membantu mengembalikan keperawanan.



Setakat Rabu petang, seorang peniaga dalam platform itu yang menawarkan produk tersebut didapati sudah menjual 130 set selaput dara tiruan.

“Kembali dara tanpa pembedahan,” tulis peniaga yang berpangkalan di Bera, Pahang itu pada ruangan deskripsi produk.

“Apakah anda ingin puaskan malam pertama bersama suami tercinta? Apakah hal ini sesuai dengan keinginan anda? Apakah anda ingin perawan kembali dengan cara ini?



“Tidak perlu pembedahan yang mahal. Boleh dilakukan sendiri tanpa bantuan orang lain. Harga mampu milik dan kesan segera.

“Satu box dua pieces. Anda hanya perlukan 15 minit untuk kembali dara. Selaput dara buatan ini akan mengeluarkan darah tidak terlalu banyak, seakan-akan seperti waktu pertama kali keperawanan atau dara pecah.

“Sehabis dipakai anda tidak perlu membersihkannya kerana semua unsur dari produk ini akan keluar sendiri,” tulis peniaga itu lagi.



Dakwa peniaga itu, produk berkenaan dibuat menggunakan red dye liquid yang memberi kesan seakan-akan darah manusia yang sebenar.

Menerusi tutorial penggunaan yang dinyatakan, pembeli harus memasukkan pakej aluminium berisi selaput dara tiruan tersebut ke dalam faraj menggunakan jari telunjuk.

Selaput dara palsu itu perlu berada di dalam faraj tidak lebih 30 minit sebelum aktiviti seksual dilakukan.

Pengguna turut disarankan membuat cucian seperti biasa memandangkan sebahagian darah tersebut akan keluar secara semula jadi selepas persetubuhan.



Dalam pada itu, beberapa pembeli tempatan turut meninggalkan komen mengenai produk berkenaan.

Menurut seorang wanita yang memberikan rating lima bintang kepada peniaga tersebut, dia turut dihadiahkan barang percuma atas pembelian berkenaan.

“Lagi sebulan nak guna. Free gift dapat banyak. Semoga seller dimurahkan rezeki, Amin,” tulis wanita itu.



“Penghantaran pantas. Dapat banyak free gift. Seller pun sangat peramah,” tulis seorang lagi pelanggan.

Berdasarkan semakan tarikh komen pembeli, penjualan itu sudah dilakukan sejak tahun lalu.

Malah, beberapa peniaga lain turut menawarkan produk sama dalam platform berkenaan.

Lebih mengejutkan, penjual turut mendakwa produk tersebut tidak meninggalkan sebarang kesan kepada pengguna.

Difahamkan produk tersebut dipakai sewaktu malam pertama bagi pengantin baru. Rata-ratanya memilih dara tiruan ini adalah untuk menyembunyikan masalah kehilangan dara disebabkan oleh kesilapan lalu ataupun sebab-sebab tertentu

Rata-rata orang ramai terkejut dengan penjualan produk tersebut. Malah ada yang meminta supaya pihak terbabit melakukan pemantauan terhadap pengedaran produk sedemikian ke dalam negara kita

Produk seperti ini amat bahaya. Maknanya orang boleh sembunyikan kisah-kisah hitam mereka sebelum berkahwin

Ia juga menggalakkan orang wanita melakukan dosa sebelum berkahwin. Mereka juga tidak lagi berasa risau tentang malam pertama dengan pasangan.” tulis seorang pengguna media sosial.

Penggunaan selaput dara tiruan mendatangkan risiko bahaya lain.

Selaput dara tiruan adalah selaput dara palsu yang dicipta untuk kelihatan perawan semula. Ia biasanya diperbuat daripada bahan gelatin mengandungi darah tiruan supaya ketika wanita melakukan hubungan seksual, cecair merah akan pecah dan mengalir seperti darah.

Selaput dara tiruan ini dimasukkan ke dalam bahagian vagina wanita 15-20 minit sebelum melakukan hubungan seksual agar terlihat.

Pengeluaran selaput dara tiruan ini telah menjadi kontroversi. Ramai menganggap bahawa selaput dara ini akan pecah ketika melakukan hubungan seksual

Sedangkan menurut sains perubatan, tidak semua wanita mempunyai selaput dara utuh dan tidak semua selaput dara berdarah ketika kali pertama melakukan hubungan seks.

Disebabkan oleh selaput dara tiruan ini belum diakui oleh mana-mana badan kesihatan, maka asal-usul pembuatan dan bahannya juga belum diketahui secara jelas. Bagi penjual produk ini, mereka mengatakan bahawa bahan yang digunakan adalah selulosa larut air (sejenis serat), albumin (sejenis protein) dan pewarna merah makanan.

Namun kebenarannya masih belum dapat dipastikan. Secara umumnya, segala penggunaan produk yang berkaitan vagina seharusnya diberikan perhatian dan lebih waspada. Hal ini kerana ia memiliki potensi besar untuk menyebabkan alergi, iritasi dan keradangan.

Jika bahan-bahan yang digunakan tercemar oleh bakteria berbahaya, kemungkinan untuk terjadinya jangkitan adalah sangat besar.

Bukan itu sahaja iritasi dan keradangan boleh terjadi kerana kawasan vagina</a> wanita seperti bibir kemaluan atau leher rahim terdedah kepada kuman

Kesimpulannya, jika anda sudah kehilangan dara disebabkan oleh perbuatan masa lalu, adalah lebih baik untuk jujur dengan pasangan dan segeralah bertaubat.

 

Elakkan diri daripada menggunakan sebarang jenis produk seperti ini kerana tahap keselamatannya masih belum diyakini, malah mungkin mendedahkan diri anda dengan pelbagai masalah lain pada kemudian hari.

Yakinlah bahawa akan ada lelaki yang benar-benar ikhlas menerima anda seadanya. Tiada manusia yang sempurna, jika tersalah langkah segeralah kembali ke jalan yang benar.

Untuk rekod, penjualan produk ini bukanlah satu perkara baharu, malah ia turut dijual di platform e-dagang lain serta sangat popular di Afrika, India dan sebahagian negara Asia seperti Jepun dan China.

Pada 2019, Amazon terpaksa menarik balik produk keperawanan palsu itu selepas ia menimbulkan kemarahan dan perdebatan di India.
Produk tersebut juga pernah mencetuskan perdebatan dalam kalangan Ahli Parlimen di Mesir dan juga United Kingdom (UK).

Hanya Serendah RM180, Selaput Dara Tiruan Dijual Online, Bahaya Menanti Anda..Berhati Hati

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker