Mati dipanah petir di atas padang bola

Mati dipanah petir di atas padang bola

BANDUNG: Seorang pemain bola sepak meninggal dunia selepas dipanah petir ketika sedang beraksi di atas padang.

Rakaman video menunjukkan pemain lelaki berusia 35 tahun dari Subang itu tumbang selepas dipanah petir ketika aksi persahabatan antara 2 FLO FC Bandung dan FBI Subang di Stadium Siliwangi, Bandung.



Pemain berkenaan, Septain Raharja dilaporkan masih bernafas selepas insiden berkenaan dan sempat dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia akibat melecur teruk.

Ini adalah kali kedua insiden seumpama itu melanda bola sepak Indonesia sepanjang 12 bulan lalu.

Seorang pemain remaja di Bojonegoro, Jawa Timur dipanah petir ketika beraksi dalam Piala Soeratin B-13 tahun lalu.

Pemain berkenaan bagaimanapun sempat dikejarkan ke hospital dan kembali sedar selepas 20 minit.



Tahun lalu juga, seorang pemain bola sepak Brazil berusia 21 tahun dipanah petir ketika beraksi di atas padang.

Caio Henrique de Lima Goncalves dikejarkan ke hospital tetapi gagal diselamatkan kerana kecederaan teruk.

Enam lagi pemain turut dipanah petir tetapi hanya cedera dan mendapat rawatan lanjut di hospital. BH

Mati dipanah petir di atas padang bola



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair



Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker