Zainal Abidin bawa 12 pemain berlatih di Wolves

Zainal Abidin bawa 12 pemain berlatih di Wolves

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan dilantik selaku Ketua Delegasi program ‘Dare to Dream’ yang membabitkan 12 pemain menjalani latihan bersama barisan kejurulatihan pembangunan Wolverhampton Wanderers.

Kesemua pemain terdiri daripada mereka yang beraksi dalam saingan Kejohanan Bank MBSB 2023 termasuk dua pemain UiTM United yang menjulang Piala Al-Ikhsan musim lalu.



Delegasi ini akan ‘berkampung’ di Compton Park, England bermula 19 hingga 26 Februari untuk menimba pengalaman bersama kelab yang kini beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris 2023/24(EPL).

Ketua Pegawai Operasi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad berkata, pemilihan Zainal Abidin adalah tepat berdasarkan pengalaman yang ada pada dirinya selaku bekas pemain dan juga jurulatih.

“Memang tidak dinafikan Datuk Zainal Abidin Hassan adalah pilihan terbaik untuk mengetuai misi ‘Dare to Dream’ ini.

“Berpengalaman luas di pentas antarabangsa dan status sebagai lagenda bola sepak tanah air sudah pasti memberikan suntikan semangat yang terbaik untuk pemain-pemain.



“Beliau juga sebelum ini pernah berkelana di sana (United Kingdom) selama enam bulan bersama Cardiff City untuk menimba pengalaman sebagai jurulatih.

“Kami mahu 12 pemain yang terpilih memanfaatkan sepenuhnya pengalaman menerima bimbingan dari lagenda bola sepak negara ini pada sesi latihan yang diadakan bermula 10 hingga 12 Februari di Wisma FAM, Petaling Jaya,” kata Mohd Raimi.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, dia tidak mahu 12 pemain yang menggalas cabaran kali ini dilihat sebagai penumpang dan juga ‘makan angin’ sepanjang tempoh berada di sana.

“Peluang yang anda semua miliki tidak mampu dinilai dengan wang ringgit semata-mata dan tidak ditawarkan kepada pemain-pemain dalam saingan liga yang lebih tinggi ketika ini.



“Inilah peluang terbaik buat seorang pemain untuk meningkatkan mutu permainan dan tidak mustahil bakat anda akan menarik minat pasukan-pasukan di luar mahupun di dalam negara,” kata Zainal Abidin. BH

Zainal Abidin bawa 12 pemain berlatih di Wolves

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua



Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker