Rohana pulangkan USD10 juta aset 1MDB – SPRM

SPRM mengambil keterangan Rohana Rozhan awal tahun lalu berhubung USD10 juta yang diberikan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner.

Rohana pulangkan USD10 juta aset 1MDB – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas ketua pegawai eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Rohana Rozhan sudah memulangkan aset dikaitkan dengan dana 1MDB bernilai USD10 juta kepada kerajaan Malaysia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dalam kenyataan mendedahkan semua aset itu dipulangkan tahun lalu, selepas siasatan agensi itu selesai.



Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat mendedahkan, Jabatan Peguam Negara “tidak tahu” sama ada Rohana sudah memulangkan wang itu.

Beliau menjawab pertanyaan Lim Lip Eng (PH-Kepong) sama ada Rohana sudah memulangkan dana itu serta berapa banyak aset dikaitkan dengan 1MDB sudah dikembalikan.

Pada April 2022, sumber SPRM dipetik Utusan Malaysia berkata, Rohana yang dikatakan menjalin hubungan selama 10 tahun dengan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner, secara dasarnya bersetuju menyerahkan semula wang USD10 juta yang diberikan lelaki itu.

Leissner yang juga saksi pendakwaan dalam perbicaraan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng di mahkamah New York berkata, dia memberi Rohana USD10 juta dan wanita itu membeli rumah bernilai USD7 juta di Montpelier Street, London.



Susulan pengakuan Leissner itu, SPRM mengambil keterangan Rohana pada Feb 2022 selepas beliau menyatakan kesediaan membantu pihak berkuasa dalam siasatan kes tersebut.

SPRM juga dilapor membekukan aset dan akaun bank Rohana susulan siasatan pemilikan rumah itu. FMT

Rohana pulangkan USD10 juta aset 1MDB – SPRM

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine



Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker