Olahraga Dunia larang ‘transgender’ dalam acara wanita

Presiden IAAF, Sebastian Coe ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis IAAF di Grand Hotel dekat Vienna, Austria.

Olahraga Dunia larang ‘transgender’ dalam acara wanita

Wanita transgender tidak lagi dibenarkan bersaing dalam acara trek dan padang tanpa mengira tahap ‘testosterone’ mereka, kata Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe hari ini sambil menyatakan keputusan itu lebih adil.

Coe berkata tiada atlet transgender yang melalui akil baligh selaku lelaki dibenarkan bersaing dalam kejohanan ranking dunia wanita bermula 31 Mac.

Bercakap selepas mesyuarat badan induk itu, Coe berkata Olahraga Dunia sudah berbincang dengan pemegang taruh termasuk 40 persekutuan kebangsaan, Jawatankuasa Olimpik dan kumpulan trans membabitkan atlet transgender.

“Majoriti daripada mereka menyatakan bahawa atlet transgender tidak sepatutnya bersaing dalam kategori wanita,” katanya.

“Ramai percaya bahawa kurangnya bukti kukuh bahawa wanita trans tiada kelebihan berbanding wanita secara biologi dan mahukan lebih bukti bahawa sebarang kelebihan fizikal sudah telah diperbaiki sebelum mereka bersedia untuk mempertimbangkan pilihan dimasukkan ke dalam kategori wanita.”

Tambahnya: “Keputusan yang kami ambil… adalah, saya percaya, terbaik untuk sukan kita ini.

Katanya kumpulan kerja yang diketuai transgender akan dibentuk bagi memantau dengan lebih lanjut pembangunan secara saintifik.

“Kami tidak berkata ‘tidak’ selamanya,” kata Coe.

Olahraga Dunia mengikut jejak langkah FINA yang juga badan induk renang dunia, menyekat perenang transgender yang asalnya lelaki bersaing dalam perlumbaan elit wanita.

Ragbi Dunia pada 2020, menjadi persekutuan sukan pertama menetapkan bahawa transgender ‘lelaki kepada wanita’ tidak boleh bersaing pada tahap elit dan antarabangsa dalam acara wanita. BH

Olahraga Dunia larang ‘transgender’ dalam acara wanita

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker