Dilarang solat di ruang utama kerana bawa kanak-kanak
Segelintir jemaah wanita di Masjid Puncak Alam, Kuala Selangor, mendakwa tidak dibenarkan bersembahyang di ruang solat utama masjid kerana membawa kanak-kanak.
Dilarang solat di ruang utama kerana bawa kanak-kanak
Segelintir jemaah wanita di Masjid Puncak Alam, Kuala Selangor, mendakwa tidak dibenarkan bersembahyang di ruang solat utama masjid kerana membawa kanak-kanak.
Wanita terbabit mendakwa pengurusan dan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) masjid itu mengarahkan mereka keluar dari ruang solat utama ketika mahu menunaikan solat tarawih, semalam dan memaklumkan ruang itu hanya untuk wanita dewasa.
Mereka juga berasa hairan kerana hanya jemaah wanita yang membawa anak kecil disuruh berbuat demikian, namun tidak kepada jemaah lelaki yang bersama kanak-kanak.
Tinjauan Berita Harian ke ruang solat wanita di masjid itu mendapati hanya wanita dewasa dan AJK masjid dibenarkan untuk berada di ruang solat utama, manakala wanita yang datang bersama kanak-kanak diarahkan solat di luar ruang solat yang terletak di luar dewan utama.
Seorang jemaah yang hanya mahu dikenali sebagai Syima berkata, beliau ke masjid bersama dua anak perempuannya berusia sembilan tahun dan lima tahun.
“Kedua-dua anak saya sudah bersekolah dan sudah biasa mengunjungi masjid serta surau. Mereka tak buang bising dan hanya duduk diam di sebelah saya.
“Namun, ketika selesai solat Maghrib, datang petugas menarik tangan anak saya berusia lima tahun dan mengarahkannya solat di luar. Petugas itu memaklumkan hanya wanita dewasa sahaja boleh berada di ruang solat utama,” katanya kepada BH.
Seorang lagi jemaah berkongsi di Facebook penduduk Puncak Alam mengenai pengalaman yang hampir serupa.
Norhidayah Mat Diah berkata, beliau dan dua anaknya berusia lapan tahun dan 10 tahun tiba awal di masjid sebelum waktu Maghrib dan teruja untuk solat tarawih berjemaah.
“Datang awal masa maghrib, tak boleh solat dalam ruang solat wanita yang berhawa dingin, kena halau keluar sebab ada bawa anak-anak bersama,” katanya dalam hantaran di media sosial itu.
Tambah Norhidayah, menurut petugas di sana, ruangan itu dikhaskan untuk jemaah lebih berumur, yang hadir lewat ke masjid.
Samiratul Fuad turut berkongsi pengalaman dihalau oleh AJK Masjid Puncak Alam ketika mahu solat berjemaah bersama anak-anaknya yang sudah berusia 13 tahun dan 14 tahun.
“Mereka menyangka anak saya masih kecil kerana bertubuh kecil. Adakah setiap kali mahu solat perlu tunjukkan Mykad untuk bukti umur?” katanya.
Sementara itu, Pemangku Nazir Masjid Puncak Alam, Ustaz Ahmad Mujahid Mat Zan, ketika dihubungi mengakui ada kesilapan dalam pengurusan perkara itu.
“Mungkin ketika kami memberi taklimat, ada AJK Masjid yang kurang faham dan tidak jelas. Semua kanak-kanak yang boleh jaga adab dan tingkah laku di masjid dibenarkan solat di ruang solat utama, tidak ada masalah.
“Bagi Ibu yang ada anak kecil, mereka boleh meninggalkan anak-anak di pusat jagaan kanak-kanak yang kami sediakan, sementara Ibu bersolat,” katanya.
Ahmad Mujahid berkata, pihaknya mengambil maklum aduan jemaah itu dan akan meletakkan tanda jelas bagi memaklumkan perkara berkenaan.
Untuk rekod, Masjid Puncak Alam pernah menerima pujian penduduk kerana menyediakan pelbagai kemudahan seperti kafe, pusat jagaan kanak-kanak dan kaunter bantuan makanan serta aktif dalam isu komuniti setempat.
Dibina dan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat milik usahawan Tan Sri Rozali Ismail, Masjid Puncak Alam dipantau di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). BH
Dilarang solat di ruang utama kerana bawa kanak-kanak
Baca Artikel Menarik:
- Orang Islam di Johor boleh lawat rumah ibadat agama lain – Sultan Ibrahim
- Rohana dah kembalikan wang AS$10 juta ke belum?
- Johari dilantik Pengerusi Majlis Ekonomi, Kewangan dan Pelaburan UMNO
- Najib bagi peluang TH untung, PH gelar bailout, memalukan
- Bapa tembak mati bekas kekasih anak perempuan kaki pukul
- Tok Mat ketuai jentera pilihan raya UMNO
- Rupanya dia cuma tiang kayu sepanjang jadi PM4
- Shahrizat kembali dalam pentadbiran UMNO
- Zahid umum tiga pengerusi baru Umno negeri
- Masjid Ibnu Sina terbakar, jemaah tak sempat solat tarawih [VIDEO]
- Bapa tangisi pemergian anak ‘dimakan tayar treler’ di ambang Ramadan
- Farid Kamil nak jumpa anak, ada pihak panggil polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.