Takwim sesi persekolahan menuju kembali kepada Januari – Menteri

Takwim sesi persekolahan menuju kembali kepada Januari – Menteri

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan sedang menuju kembali kepada Januari.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata beliau memahami sentimen serta semangat ibu bapa yang mahu sesi persekolahan dibuka pada Januari berbanding Mac ketika ini, dan KPM sedang mengusahakan perkara itu.



“Saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa kita sedang menuju kepada Januari semula, itu jaminan KPM. Namun, kita memerlukan sedikit masa kerana perlu mematuhi Akta Pendidikan bahawa kanak-kanak mesti bersekolah sekurang-kurang 190 hari.

“Kita juga perlu memastikan beberapa episod peperiksaan, terutama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak mengganggu kitaran anak-anak ini, selain faktor ekonomi lain,” katanya ketika ditanya mengenai rungutan ibu bapa yang mahu sesi persekolahan dimulakan pada awal bulan dan bukan hujung bulan kerana terpaksa membayar penuh tambang van sekolah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yayasan PETRONAS 2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Jalan Batu (L), di sini, hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, KPM bersedia untuk menyemak semula silibus pendidikan khas bagi pelajar Sindrom Down supaya ia sesuai mengikut keperluan semasa.



Beliau berkata, pihaknya menyambut baik cadangan supaya ia dikaji semula, malah sentiasa mengadakan libat urus dengan pemegang taruh bagi meneliti silibus berkenaan.

“Kita mengambil kira kitaran ansur maju kanak-kanak ini. Soal mengubah atau meminda kurikulum ini, ada pakarnya di KPM,” katanya.

Berhubung cadangan mewajibkan pendidikan sekolah menengah pula, Fadhlina berkata, KPM akan meningkatkan program advokasi bagi memberi kesedaran mengenai perkara itu.

Beliau menjelaskan, tindakan undang-undang bukan satu-satunya penyelesaian untuk memastikan kanak-kanak mendapat akses pendidikan hingga peringkat sekolah menengah.



“Apa yang penting ialah memberi kefahaman kepada ibu bapa dan pelajar mengenai kepentingan pendidikan. Kita mahu mengatasi keciciran dalam kalangan pelajar, dan memastikan semua kanak-kanak mendapat akses ke sekolah.

“Justeru dari semasa ke semasa, KPM akan selari dengan ibu bapa, memberi peringatan dan pada masa sama, memastikan mereka tidak ada isu untuk menghantar anak ke sekolah,” katanya.

Semalam, Dewan Negara diberitahu bahawa KPM sudah menyerahkan draf cadangan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mewajibkan pendidikan pada peringkat sekolah menengah.

Fadhlina dilaporkan berkata, ia adalah komitmen kementerian bagi memastikan tiada anak tercicir dalam pendidikan, sama ada pada peringkat sekolah rendah mahupun menengah. BH



Takwim sesi persekolahan menuju kembali kepada Januari – Menteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?



Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker