Pahang Rangers kenduri jaringan atasi TOT United

Pahang Rangers kenduri jaringan atasi TOT United

Pahang Rangers kenduri jaringan atasi TOT United
PAHANG Rangers FC mencatat kemenangan besar menewaskan TOT United FC 9-1 pada saingan MPFL Divisyen 1 musim 2025. -FOTO FB Pahang Ranges

Kuantan: Pahang Rangers FC mencatat kemenangan besar menewaskan TOT United FC 9-1 pada saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 1 musim 2025 di Kombes Selangor (Panasonic) Shah Alam, hari ini.

Pemain kebangsaan Ahmad Harith Na’im Mohd Nasir melakukan hatrik pada minit ke-9 ,13 dan 36, empat jaringan disumbang oleh Matheus Moura (16 dan 18) dan Felipe De Souza (17 dan 39), diikuti Muhammad Razin A Rahim (40) dan Muhammad Sirhan Aiman Saipubahrin (12). Gol tuan rumah jaringan Ali Imran (12).

Ketua Jurulatih Pahang Rangers, Luis Fonseca berkata, kemenangan ke atas TOT United 9-1 adalah kemenangan dengan jaringan terbesar dicatat Pahang Rangers pada musim ini yang dianggap begitu membanggakan.

Menurutnya, dia tidak menyangka jaringan yang sebegitu banyak dapat dilakukan pada perlawanan hari ini kerana pada perlawanan pusingan pertama di tempat sendiri kita hanya mampu mencatat kemenangan 7-2. Hari ini pencapaian yang begitu memuaskan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada barisan pemain yang beraksi hari ini kerana mereka telah membuktikan kebolehan masing-masing, setiap ancaman lawan dapat dipatahkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


“Kebangkitan Ahmad Harith Na’im terbukti hari ini apabila berjaya menyumbang tiga gol untuk memastikan Pahang Rangers pulang dengan tiga mata penuh,” katanya.

Pahang Rangers kenduri jaringan atasi TOT United


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker