UMNO bantah penganjuran Thai Hot Guy

UMNO bantah penganjuran Thai Hot Guy

UMNO membantah penganjuran acara lelaki berotot memakai skrit dan berpakaian dalam wanita ‘Thai Hot Guy’ yang dijadual berlangsung di sebuah kelab di ibu negara pada 30 Mac ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak supaya pihak penganjur membatalkan program berkenaan yang disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia.

Muhamad Akmal memberikan amaran pihaknya akan ‘hadir dan membatalkan’ program berkenaan sekirannya penganjur tidak berbuat demikian.

“Jika tiada tindakan pembatalan dari pihak penganjur kami sendiri akan pergi dan membatalkan program tersebut.

“Kita tidak memerlukan orang yang tidak tahu menghormati sensitiviti sesama sendiri.

“Saya menyeru semua NGO dan parti politik yang lain juga kita bersatu hati menentang perkara yang terkutuk ini. Ini negara kita,maka cara dan budaya kita!” katanya.

Pergerakan Pemuda UMNO seluruh Malaysia juga akan membuat laporan polis terhadap penganjuran aktiviti yang disifatkan tidak bermoral itu hari ini. MG

UMNO bantah penganjuran Thai Hot Guy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker