Anwar ke Arab Saudi

Kunjungan itu adalah lawatan rasmi sulung Anwar Ibrahim ke Arab Saudi selepas menyandang jawatan sebagai perdana menteri ke-10.

Anwar ke Arab Saudi

Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac atas jemputan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga perdana menteri Arab Saudi.

Kunjungan itu merupakan lawatan rasmi sulung beliau ke Arab Saudi selepas menyandang jawatan sebagai perdana menteri ke-10.

Perdana menteri dijadual menghadap Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta putera mahkota dan perdana menteri Arab Saudi, menurut kenyataan Kementerian Luar.

Semasa lawatan itu, perdana menteri juga mengadakan sesi pertemuan bersama komuniti perniagaan serta diaspora Malaysia di Arab Saudi.

Lawatan itu mencerminkan hubungan istimewa dengan Arab Saudi yang wujud selama ini serta memberi peluang kepada kedua-dua negara meningkatkan jalinan kerjasama dua hala, bertunjangkan kepentingan bersama dalam pelbagai bidang.

Arab Saudi merupakan rakan dagang terbesar dan sumber import terbesar Malaysia di rantau Asia Barat. Pada 2022, jumlah dagangan dua hala dengan Arab Saudi mencecah RM45.52 bilion (USD10.26 bilion), peningkatan sebanyak 159.2% berbanding RM17.56 bilion (USD4.23 bilion) pada 2021.

Perdana menteri akan diiringi Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Zambry Abd Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta pegawai kanan kerajaan. FMT

Anwar ke Arab Saudi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker