Adam Adli bidas Rafizi

Calon Ketua Pemuda PKR (AMK) Adam Adli Abdul Halim berkata organisasi besar seperti PKR yang mempunyai lebih sejuta ahli memang tidak boleh mengharapkan pada seorang pemimpin saja.

Sebaliknya, bekas aktivis pelajar itu berpendapat PKR perlu merapatkan saf dan jalinan silaturahim antara ahlinya untuk memperkuatkan parti menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

“Orang jumpa saya mereka memang tanya mampukah kamu pimpin organisasi besar ini, yang mempunyai 222 cabang lebih sejuta anggota.

“Saya kata kalau harapkan saya seorang sahaja memang tak boleh. Yang kita harapkan pimpinan parti melibatkan semua bukan satu orang sahaja.

“Sebab itu penting kita jaga nilai kekeluargaan. Orang kata pemilihan ini lebih kurang berselisih, tapi gunakan juga peluang ini untuk menjalin hubungan dengan rakan-rakan yang mungkin kita tidak kenal,” katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli yang menyatakan bekas presiden persatuan pelajar Universiti Malaya Fahmi Zainol lebih layak menjadi ketua AMK kerana mempunyai pengalaman menguruskan organisasi.

Terdahulu, Rafizi dalam satu sesi dialog berkata Fahmi telah membuktikan kualiti kepimpinan dalam PKR dan menjadi ketua Pemuda AMK Pulau Pinang.

“Saya hormat Adam (Adli). Tapi Adam belum lagi ada bukti menguruskan organisasi bagi tempoh yang lama.

“Adam seorang aktivis, bukan pemimpin organisasi,” kata Rafizi.

Layak atau tak layak

Bagaimanapun, Adam berkata perkara itu tidak perlu dipanjangkan dan dirinya lebih fokus kepada proses pemilihan.

“Itu pandangan saudara Rafizi, kita kena hormat. Sedia menerima teguran daripada pemimpin yang lain, .

“Soal layak tak layak, saya serah kepada anggota, itu bukan satu ralat untuk saya.

“Kalau ada yang nak cucuk, saya tidak perlukan itu semua,” katanya.

Fahmi menyertai PKR pada 2015 selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya.

Adam menyertai PKR September lalu dan dikecualikan daripada peraturan parti yang melarang ahli dengan tempoh kurang daripada 12 bulan daripada memohon pemilihan untuk jawatan parti.

Ini selepas dia memohon pengecualian daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Pengecualian sebegitu bukan perkara luar biasa dalam pemilihan PKR sebelum ini.

Pemilihan bagi merebut jawatan ketua AMK menyaksikan persaingan Adam Adli dan Fahmi Zainol, manakala Kamil Munim dan Chua Wei Kiat akan bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Ketua AMK.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker