Roger Ng mohon masuk penjara ‘selebriti’ bagi kes 1MDB
Roger Ng mohon masuk penjara ‘selebriti’ bagi kes 1MDB
NEW YORK: Roger Ng, satu-satunya pegawai bank Goldman Sachs yang dibicarakan dan disabitkan kesalahan dalam skandal 1MDB global, meminta hakim membenarkannya menjalani hukuman penjara 10 tahun di Danbury, Connecticut.
Ia adalah kemudahan sama menempatkan pemilik rangkaian hotel terkenal Leona Helmsey, yang dipenjara kerana mengelak cukai pada awal 1990an.
Dalam sepucuk surat, peguam Ng, Marc Agnifilo, memohon hakim daerah Amerika Syarikat (AS) Margo Brodie mengesyorkan penjara persekutuan dengan tahap keselamatan rendah untuk anak guamnya.
Ng memerlukan rawatan kesihatan mental kerana dia mengalami gangguan tekanan akibat trauma selepas dipenjarakan di penjara Malaysia yang kotor selama enam bulan sebelum diekstradisi ke AS untuk dibicarakan, tulis Agnifilo.
Penjara persekutuan itu terletak 90 kilometer (km) dari bandar New York dan menjadi inspirasi untuk penjara wanita dalam siri Netflix “Orange Is the New Black”.
Antara yang pernah menjalani hukuman di situ ialah bintang program realiti Teresa Giudice dan penyanyi Lauryn Hill. Ghislaine Maxwell juga telah meminta untuk menjalani hukuman 20 tahun kerana pemerdagangan seks di Danbury, tetapi sebaliknya dihantar ke penjara Florida.
Ng, 51, disabitkan pada April kerana bersubahat untuk melanggar undang-undang anti-rasuah AS dan terlibat dalam skim pengubahan wang haram. Bekas ketua Goldmannya dan konspirator bersama 1MDB, Tim Leissner, sebelum ini mengaku bersalah dan menjadi saksi utama kerajaan terhadap Ng.
Dia dijadual dijatuhkan hukuman pada September.
Penyelewengan berbilion dolar daripada 1MDB didakwa didalangi oleh Low Taek Jho, atau Jho Low, seorang ahli perniagaan Malaysia yang kini menjadi buruan. Dia dituduh membayar berpuluh juta dolar kepada pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi untuk mendapatkan urus niaga bon yang diatur oleh Goldman, sambil mengaut ASD1.42 bilion. FMT
Roger Ng mohon masuk penjara ‘selebriti’ bagi kes 1MDB
Baca Artikel Menarik:
- Abim ziarah Dalai Lama
- Polis tolak teori konspirasi Chegubard
- 3 anak Najib Razak antara penerus legasi kepimpinan keluarga dalam UMNO
- Jual gelaran ‘Datuk Seri’ RM60,000, 2 lelaki didakwa
- Norjuma diisytihar bankrap
- Najib sindir Mahathir diktator yang suka gelar orang lain sebagai diktator
- Nazri cadangkan kerajaan guna ISA pada Mahathir
- Tetamu majlis umpama ‘kedai emas bergerak’ di dalam majlis perkahwinan [VIDEO]
- Hanya seorang murid berdaftar, habis semua jawatan disandang tanpa saingan
- Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik
- Tajuddin tolak PAS dan Bersatu, masih harap Umno terima rayuan penggantungan
- Atok terkena serangan jantung ketika ‘layan’ pelacur
- Pelawak Indonesia ‘diserang’ peminat Jennie Blackpink kerana kritik persembahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?