Saravanan dilantik sebagai menteri, tuan badan kata hanya khabar angin

Timbalan Presiden MIC M Saravanan menyifatkan dakwaan beliau bakal dilantik menteri dalam rombakan Kabinet hanya bersifat khabar angin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tapah turut menegaskan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak seharusnya diberi tekanan untuk membuat keputusan.

“PMX tak pernah bincang (mengenai rombakan Kabinet), setakat ini, kita anggap sebagai khabar anginlah,” katanya menurut Astro Awani ketika ditemui media selepas Konvensyen MIC Perak di Ipoh.

Awal bulan ini, FMT melaporkan Saravanan diuar-uarkan akan kembali menganggotai Kabinet dalam rombakan Jemaah Menteri yang bakal dibuat Anwar.

Beliau pernah menjadi menteri sumber manusia di era pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob pada 2020 hingga 2022.

Selain untuk memantapkan lagi pentadbiran kerajaan, rombakan juga perlu dibuat untuk mengisi kekosongan jawatan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup susulan kematian Salahuddin Ayub pada Julai.

Sementara itu, Saravanan berkata MIC juga akan kekal menyokong pentadbiran Anwar tanpa sebarang syarat untuk memastikan kestabilan politik negara.

“Saya dan Tan Sri (SA Vigneswaran, presiden MIC) telah pun menyatakan kepada perdana menteri, kita menyokong kerajaan PMX, tanpa sebarang ugutan, paksaan dan syarat,” katanya.

Pada Ogos lalu, Anwar bertemu dengan pemimpin dan ahli MIC untuk meredakan kegelisahan mereka mengenai kekurangan jawatan dalam kerajaan, sambil menggesa komponen Barisan Nasional (BN) itu “percayakannya”.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker