DBKL serbu Kampung Baru

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengambil tindakan tegas terhadap peniaga warga asing atas pelbagai kesalahan di sekitar Kampung Baru dan Kampung Datuk Keramat semalam.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, operasi telah dijalankan dengan kekuatan 17 anggota dari Jabatan Penguatkuasaan dan kakitangan Pejabat Cawangan Titiwangsa.

“Sebanyak lima tindakan telah diambil di kawasan Kampung Baru membabitkan kawasan di Jalan Hamzah, Jalan Raja Muda Musa dan Pesiaran Sg. Baru manakala di Jalan Datuk Keramat, satu tindakan diambil.



“Kita juga telah mengeluarkan empat notis kesalahan kerana menggaji warga asing (3) dan menjalankan perniagaan tanpa lesen(1),” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya turut mengenakan lima tindakan sita dan menutup premis di bawah Akta 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan satu sitaan di bawah Undang-Undang Kecil 3(1).

“Sisatan dan semakan mendapati, warga asing ini menyewa daripada warga tempatan dengan kadar sewa antara RM500 hingga RM1,000 sebulan dan ia bergantung kepada keluasan tapak.



“Tindakan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa, orang ramai diminta bekerjasama untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti ini secara dalam talian di adukl dbkl.gov.my,” jelasnya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker