Tidak perlu bantah di jalanan – Ismail Sabri

Tidak perlu bantah di jalanan – Ismail Sabri

Tiada keperluan untuk melakukan bantahan di jalanan kerana kerajaan sentiasa mengambil inisiatif mendengar suara dan pandangan rakyat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Perdana Menteri berkata, malah tindakan mengadakan perhimpunan di tempat awam hanya akan mengundang peningkatan risiko penularan COVID-19.



“Kita mendengar suara di mana-mana sekali pun. Kita mengambil perhatian setiap pandangan rakyat, bukan hanya daripada protes di jalanan.

“Malah, Parlimen yang bersidang baru-baru ini di mana fokusnya untuk menyelesaikan isu rakyat dan COVID-19.

“Kita mahu mendengar pandangan daripada Ahli Parlimen mengenai cadangan untuk rakyat kerana inilah peluang wakil rakyat menyuarakan pandangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, hari ini.



Berita lanjut menyusul

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak perlu bantah di jalanan – Ismail Sabri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker