Wanita ditahan polis berkaitan kes simbah asid

Wanita ditahan polis berkaitan kes simbah asid

Polis menahan seorang wanita warga emas kerana disyaki menyimbah asid terhadap sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka ketika memasuki lif di sebuah pangsapuri di Batu Caves, Gombak, Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata suspek berusia 60-an itu ditahan di taman perumahan, M Residensi, Rawang, dekat sini, pada jam 4.20 petang tadi.

“Punca kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya bagi tujuan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Selayang, esok, untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam kejadian pada jam1.27 pagi, Selasa lepas, sepasang suami isteri iaitu seorang wanita tempatan berusia 60 tahun dan suaminya warganegara asing berusia 37 tahun cedera setelah disimbah asid oleh seorang wanita semasa memasuki lif berkenaan.

Bagaimanapun anak lelaki mereka berusia 14 tahun yang turut berada di dalam lif semasa kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan. Mk

Wanita ditahan polis berkaitan kes simbah asid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker