Mahathir terus-menerus tibai Anwar
Mahathir melancarkan satu lagi serangan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetapi nampaknya dia mengambil kenyataan presiden PKR itu di luar konteks.
Menurut Mahathir, kerajaan semasa telah “menetapkan orang ramai untuk tidak bercakap tentang kaum dan agama.”
Namun, tiada larangan seumpama itu dibuat dan peringatan Anwar baru-baru ini adalah berkenaan tiada tolak ansur terhadap “sebarang usaha adu domba bagi hangatkan suhu perkauman”.
Dalam kenyataan media terbaru hari ini, Mahathir sekali lagi mengulang dakwaan bahawa kerajaan di sebalik beberapa pembatalan lokasi penganjuran Proklamasi Orang Melayu.
“Jelas, ketetapan itu ditujukan kepada orang Melayu.
“Ketatapan ini hakikatnya bersifat perkauman kerana ia menafikan hak orang Melayu. Tidak mengapa untuk bercakap tentang aspek pelbagai kaum dan agama. Ia tidak mengapa kerana ia berpihak kepada kaum lain. Ini juga bersifat perkauman.
“Larangan (yang didakwa dibuat kerajaan) untuk orang Melayu berbincang tentang masalah mereka dan mencari jalan untuk menyelesaikannya adalah tidak demokratik dan anti-Melayu. Ini juga bersifat perkauman,” katanya.
Mahathir berkata tiada sesiapa dapat menafikan bahawa orang Melayu berdepan pelbagai masalah dan ia akan bertambah buruk jika tidak ditangani sekarang.
Mahathir juga mendakwa kerajaan tidak jujur dalam usaha membanteras rasuah dan hanya fokus kepada pembangkang.
“Setakat ini, usaha antirasuah menyasarkan pemimpin pembangkang. Kalangan dalam kerajaan yang diketahui korup tidak disiasat.
“Ini menunjukkan usaha ini tentang menyinkirkan pemimpin pembangkang agar tiada lagi pembangkang ketika PRN nanti,” katanya lagi.
Katanya lagi, jika kerajaan komited dalam menangani rasuah, kerajaan sepatutnya membenarkan perhimpunan awam diadakan bagi melancarkan proklamasi tersebut.
“Sebenarnya, kerajaan tidak tahu apa yang akan diperkatakan dalam himpunan ini.
“Malah deklarasi (yang akan dibuat) tidak menyalahkan kaum lain. Ia menyalahkan pemimpin Melayu yang telah didapati bersalah mencuri dana kerajaan, melakukan pengubahan wang haram dan rasuah,” katanya lagi.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Senarai penuh MKT bagi Pemilihan UMNO Sesi 2023/2026
- 54 ketua bahagian UMNO muka baharu
- Pengurus syarikat Fazura didakwa berdepan hukuman penjara, sebat, denda
- Mahathir jangan bermain api, nanti terbakar negara sendiri
- Noh Salleh ditegur mencarut setiap masa atas pentas
- Little Miss Khan – Pakai Baju rona kulit melekap di badan
- Populariti Mierul Aiman memdadak
- Isteri rasa bahagia selepas suami jalin hubungan sulit
- Mimi Lana dah bersedia
- Beberapa kerat orang – Tan Sri, tauke besar rancang gugat kerajaan – Anwar
- Kenyataan media Syed Mokhtar
- Keputusan pemilihan isyarat Umno sedia berubah – penganalisis
- Hadi diingatkan jangan lupa hadir sidang Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.