Arsenal, PSG tewas, Kardashian dipersalahkan

Arsenal, PSG tewas, Kardashian dipersalahkan

Selepas menyaksikan kekalahan Arsenal pada Khamis, Kim Kardashian didakwa membawa malang kepada Paris Saint-Germain pula.

Bintang TV realiti itu hadir di Stadium Emirates ketika Arsenal tersingkir dari Liga Europa di tangan Sporting Lisbon.

Selepas perlawanan itu, penyokong Arsenal berseloroh meminta model berusia 42 tahun itu supaya tidak datang ke Emirates lagi.

Semalam, Kardashian sekali lagi menjadi mangsa usikan penyokong apabila PSG pula tewas 2-0 di laman sendiri kepada Rennes.

Ia adalah kali pertama selepas 715 hari Les Parisiens tewas di laman sendiri salam saingan liga – mengakhiri rekod tanpa kalah 35 perlawanan berturut-turut.

Kardashian dilihat berada di tempat duduk penonton sambil memegang jersi dengan nama Neymar, namun bintang Brazil itu tidak dapat beraksi akibat kecederaan.

Lionel Messi dan Kylian Mbappe memulakan permainan untuk pendahulu Ligue 1 itu tetapi gagal mencetus kemenangan buat PSG.

“Kim K ada sumpahan, setiap perlawanan dia hadir, pasukan tuan rumah akan tewas,” kata salah seorang peminat.

Kardashian turut dilihat berada di padang sebelum perlawanan bermula. BH

Arsenal, PSG tewas, Kardashian dipersalahkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker