Kereta langgar belakang kren, 3 maut

Kereta langgar belakang kren, 3 maut

Tiga maut apabila kereta melanggar sebuah kren di Jalan Syed Putra, Bukit Seputeh di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.46 pagi.

“Seramai 10 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati terdapat kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta melanggar belakang sebuah kren yang diletakkan di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kemalangan itu membabitkan tiga lelaki dengan seorang daripadanya tersepit di tempat duduk pemandu kereta.

“Dua lagi mangsa adalah pekerja keselamatan yang bertugas menjaga kren. Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans di lokasi kejadian.

“Semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. HM

Kereta langgar belakang kren, 3 maut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker