Beberapa peruntukkan dalam AUKU akan dimansuh, PM janji dalam dialog anak muda Temu Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan komitmennya untuk memansuhkan beberapa peruntukan yang menyekat kebebasan akademik dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Bercakap pada majlis dialog anak muda Temu Anwar petang tadi, ahli parlimen Tambun itu menyifatkan Auku sebagai perundangan yang komprehensif.

Namun, kata Anwar peruntukan tertentu mesti dihapuskan untuk memperkasakan pelajar, ahli akademik dan pensyarah.

“Saya sudah bincang dengan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Khaled Nordin untuk pinda peruntukan yang menyekat kebebasan pelajar malah pensyarah-pensyarah juga.

“Saya akan beri jaminan peruntukan yang sekat keebebasan mahasiswa, akademik dan pensyarah akan dihapuskan,” jawabnya kepada soalan seorang pelajar universiti awam dalam program dialog anak muda Temu Anwar di Kuala Lumpur, hari ini.

Perdana menteri menjawab soalan daripada seorang pelajar universiti mengenai Auku, menyoal jika kerajaan akan memansuhkannya bagi memberi autonomi kepada pelajar pengajian tinggi.

Terdahulu, Anwar bertanyakan soalan kepada hadirin mengenai asal usul Auku.

Presiden PKR itu secara berseloroh menyatakan Auku telah dilaksana oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad untuk ‘menghalang Anwar masuk universiti’.

Sebelum ini, Khaled dilaporkan berkata kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971.

Kata Khaled, akta tersebut masih relevan terutama melibatkan urus tadbir universiti.

Khaled berkata proses pemansuhan akta terbabit memerlukan penelitian lanjut memandangkan ia melibatkan akta lain yang turut berkuat kuasa seperti Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).

Bagaimanapun, sekumpulan pemimpin pelajar dan wakil rakyat PH kemudiannya menggesa kerajaan untuk memulakan sesi perbincangan mengenai Auku dan menyeru menteri terbabit menetapkan tempoh masa yang jelas untuk menunjukkan bagaimana kerajaan akan menangani akta berkenaan.

Pada PRU15 lalu, PH berjanji dalam manifesto pilihan raya untuk memansuhkan Auku.

Bagaimanapun, kerajaan ketika ini merupakan gabungan parti-parti politik termasuk BN yang mempertahankan pengunaan Auku sebelum ini.

Sementara itu, mengulas persoalan mengenai rancangan kerajaan mewajibkan organisasi di sektor swasta membayar elaun pelatih, Anwar berkata dia tidak boleh memaksa syarikat terbabit berbuat sedemikian.

Bagaimanapun, kata Anwar dia boleh membuat desakan berhubung perkara tersebut.

“Saya cuma boleh buat gesaan kepada syarikat (untuk bayar). Syarikat yang mampu, bayarlah elaun,” katanya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut memberi amaran kepada mahasiswa agar tidak menjadi macai atau “walaun” sekiranya mahu menjadi aktivis.

“(Mahasiswa) boleh jadi aktivis (perjuangkan hak mahasiswa) tetapi jangan jadi macai (atau) walaun.

“Saya hendak pastikan Kerajaan Perpaduan dengan warga Madani (tidak akan menyekat) sekiranya sesiapa ingin bercakap tentang perjuangan (mahasiswa).

Istilah slanga “walaun” bersusur galur perkataan walak yang merujuk ketaatan sepenuhnya kepada pemimpin, terutama dalam kalangan penyokong tegar PAS.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker