Wan Rosdy, Khaled, Johari Ghani ungguli tiga kerusi Naib Presiden setakat ini

Wan Rosdy, Khaled, Johari Ghani ungguli tiga kerusi Naib Presiden setakat ini

Perebutan tiga kerusi Naib Presiden UMNO semakin sengit apabila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, terus mendahului kedudukan teratas pada pemilihan parti itu hari ini.

Setakat jam 7.20 malam, Wan Rosdy mendapat 24 undi diikuti Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan 20 undi.



Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di kedudukan ketiga dengan 15 undi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dengan 11 undi diikuti bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendapat sembilan undi setakat ini.

Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga bekas Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad memperoleh enam undi manakala penyandang Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendapat lima undi.

Seorang lagi calon, Dr Mohd Yusof Musa, belum mendapat sebarang undi.



Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pula tidak dipertandingkan kali ini susulan ketetapan yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 lalu.

Setakat ini, sebanyak 25 daripada 189 bahagian UMNO yang bersidang hari ini sudah mempamerkan keputusannya.

Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad selepas selesai proses perkiraan undi dan penelitian dijalankan.

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda, Puteri Cawangan bermula pada 1 Februari dan berakhir pada 26 Februari lalu.



Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pergerakan Pemuda serta Puteri Bahagian pula diadakan pada 11 Mac lalu.

Pada tarikh yang sama turut diadakan Pemilihan EXCO Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri peringkat Pusat.

Pemilihan UMNO berakhir hari ini dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. BH

Wan Rosdy, Khaled, Johari Ghani ungguli tiga kerusi Naib Presiden setakat ini



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker