Beberapa kerat orang – Tan Sri, tauke besar rancang gugat kerajaan – Anwar

Beberapa kerat orang – Tan Sri, tauke besar rancang gugat kerajaan – Anwar

Rakyat khususnya orang Melayu tidak perlu lagi diperbodohkan dengan kenyataan pemimpin tertentu yang mendakwa memperjuangkan hak kaum itu, namun dalam masa sama membolot kekayaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan di bawah kepimpinannya, hak dan kedudukan Melayu, Bumiputera serta kaum lain kini lebih selamat berbanding sebelum ini.

“Ada orang sekarang setelah 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham. Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu, untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat.

“Jangan perbodohkan rakyat, rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka. Kumpulkan.. tonton…

“Tan Sri-Tan Sri, tauke-tauke besar, ini berapa kerat orang sekarang merencana untuk mengugat menggunakan sentimen kaum, mengajak orang-orang Melayu benci kepada kaum-kaum lain dan menyatakan kuasa hilang.

“Kamu pegang tampuk kepimpinan kuasa termasuk kerajaan tiga tahun baru-baru ini, mana Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355), mana projek peningkatan dana untuk Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah?” katanya di Shah Alam hari ini.

Presiden PKR itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 yang bertemakan “Malaysia MADANI, Pelaksanaan Sebuah Idealisme” di Stadium Malawati, di Shah Alam.

“Bila hilang kuasa, bila dicabar, bila takut dengan serangan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, kamu kaya berbilion-bilion, cukai tak mahu bayar, bawa lari ke luar negara, dan minta saya jadi perdana menteri apa?” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata menerusi Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya, Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada 24 Feb lepas telah meningkatkan belanjawan untuk Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah dan lebih kepada Sabah serta Sarawak memandangkan dua negeri itu ketinggalan dalam banyak bidang.

Perdana Menteri seterusnya mengingatkan para pemimpin agar tidak memainkan sentimen perkauman yang merugikan rakyat dan negara.

“Saya nak tegaskan jangan permainkan api perkauman, yang terbakar itu rakyat. Kamu akan lari dengan pesawat jet peribadi kamu.

“Apa yang kita lakukan empat bulan ini? Apa yang kita korbankan dalam soal bahasa, soal agama, soal hak dan kedudukan Melayu? Hak Melayu dan Bumiputera lebih selamat di bawah kita,” katanya. Mk

Beberapa kerat orang – Tan Sri, tauke besar rancang gugat kerajaan – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker