166,000 melarikan diri, api menuju ibu negara Sepanyol

166,000 melarikan diri, api menuju ibu negara Sepanyol

166,000 melarikan diri, api menuju ibu negara Sepanyol
PENDUDUK melihat api membakar bukit berhampiran kejiranan Cebreros, 80 kilometer ke barat Madrid semalam. – AFP

PARIS – Lebih 166,000 berpindah di Perancis dan Sepanyol ketika kebakaran hutan pada skala belum pernah dilihat sebelum ini merebak berhampiran Madrid dan bandar pelancongan popular Perancis, Bordeaux.

Presiden Emmanuel Macron semalam mengarahkan tentera membantu membendung kebakaran hutan paling buruk pernah disaksikan negara itu selepas meminta bantuan Kesatuan Eropah(EU).

Kira-kira 44,000 orang melarikan diri dari Semenanjung Cap Ferret di selatan Bordeaux , dengan satu-satunya jalan utama diancam api.

Bot-bot digunakan untuk memindahkan beratus-ratus orang, manakala yang lain memandu keluar dari semenanjung itu, yang terkenal dengan kediaman ramai jutawan.

Lebih 50 rumah di sana telah musnah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan


Sekurang-kurangnya 141,000 orang dipindahkan di barat daya Perancis dan 25,000 di wilayah Madrid, termasuk lebih 1,200 warga emas serta orang kelainan upaya, kata pegawai di Perancis dan Sepanyol.

Madrid dan Paris meminta bantuan EU ketika api yang ditiup angin kencang dan merebak akibat kemarau itu membakar hutan dan apa sahaja di laluannya.

Menteri Dalam Negeri Perancis Laurent Nunez berkata, Perancis tidak pernah melihat kebakaran sedemikian dan berjanji untuk ‘melakukan segala-galanya’ untuk melindungi bandar Bordeaux. – AFP

166,000 melarikan diri, api menuju ibu negara Sepanyol


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahli JKKK Berperanan Sebagai Duta Kerajaan Di Peringkat Kampung

 

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker