Keistimewaan durian dicatat dalam naskah berusia 430 tahun lalu- Persatuan Kartografi Melaka

Keistimewaan durian dicatat dalam naskah berusia 430 tahun lalu- Persatuan Kartografi Melaka

Buah durian sememangnya popular di kalangan masyarakat di Nusantara. Gelaran Raja buah yang diberikan membuktikan bahawa buah ini benar-benar mempunyai kelebihan tersendiri yang membuatkan ramai meminatinya.

Walaupun mempunyai kulit luaran yang berduri, di dalam terkandungnya isi yang cukup manis dan lembut. Seperti yang kita sedia maklum, buah durian menjadi kegilaan ramai lebih-lebih lagi menjelang musimnya di Malaysia.

Tahukah anda sebenarnya buah durian sudah terkenal dan diceritakan oleh saudagar luar sejak ratusan tahun dahulu lagi? Perkara ini diketahui selepas didedahkan oleh Persatuan Kartografi Melaka menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini.

Menurut Persatuan Kartografi Melaka, durian yang juga mendapat gelaran sebagai raja buah merupakan sejenis buah yang pernah tercatat di dalam beberapa naskah penulisan terdahulu yang menjangkau sehingga lebih 400 tahun lamanya.

Berdasarkan buku lama yang bertajuk Itenerario, voyage ofte schipvaert van Jan Hugyen van Linschoten, naer Oost ofte Portugaels Indien yang dihasilkan sekitar tahun 1595 – 1596 ada menceritakan tentang lokasi penanaman dan juga keistimewaan buah durian yang telah tercatat sejak hampir 430 tahun lalu.

Menariknya, di dalam buku tersebut terdapat lakaran gambar yang memaparkan sebatang pokok durian yang dipenuhi buahnya, dua biji buah durian yang telah gugur serta kelihatan beberapa ulas isinya.

Pokok yang dinyatakan ditulis sebagai ‘Duriones’ yang bermaksud durian. Terdapat dua petikan penulisan yang tertulis di bawah gambar pokok dan buah durian tersebut.

Petikan pertama yang diterjemahkan telah menceritakan bahawa buah durian ini menarik kerana mempunyai kelembutan rasanya malah disukai oleh semua namun hanya tumbuh di Melaka.
Terjemahan kepada petikan kedua pula memberi gambaran maksud buah durian adalah buah yang dipuji manisnya dan hanya tumbuh di Melaka.

Petikan informasi yang terdapat di dalam buku berusia hampir 430 tahun ini telah mencatatkan selembar sejarah yang menarik iaitu menceritakan tentang keistimewaan buah durian yang mempunyai rasa yang enak.

Pada waktu tersebut berkemungkinan besar buah ini banyak ditanam atau tumbuh di Melaka dan popular di seluruh dunia sehingga tercatatnya di dalam naskah bersejarah ini.

Tidak hanya popular di Malaysia, malah kini raja buah kini mendapat tempat di pelbagai negara kerana keunikan rasanya yang tiada tolok bandingan. Di China sahaja, mereka berjaya menghasilkan buah durian sendiri dengan harga jualan mencecah ratusan ribu ringgit. Vc

Keistimewaan durian dicatat dalam naskah berusia 430 tahun lalu- Persatuan Kartografi Melaka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker