Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

PUTRAJAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) bakal mengambil pendirian membentuk pakatan bersama Perikatan Nasional (PN) sebagai satu usaha membentuk gabungan kekuatan parti Melayu terbesar di negara ini.

Menurut sumber parti itu kepada Utusan Malaysia, hala tuju GTA akan diperincikan selepas mesyuarat agung tahunan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pada April ini dengan memutuskan untuk merombak Putra dan ditukarkan nama kepada GTA.

Kata beliau, GTA akan mengangkat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Presiden dengan membentuk gabungan bersama parti-parti di bawah gerakan itu sebelum ini seperti Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

“Baru-baru ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada mengadakan pertemuan tertutup bersama Dr. Mahathir selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor turut berjumpa bekas Perdana Menteri itu.

“Perbincangan mereka adalah ke arah perpaduan antara GTA dan PN sebagai satu permulaan kebangkitan Melayu berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, GTA berkemungkinan tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sebaliknya hanya menyokong PN untuk menawan semua enam negeri.

Katanya, PN diyakini mampu menarik sokongan pengundi Melayu kerana sentimen politik menjelang PRN adalah pilihan antara Melayu-PN atau UMNO-DAP.

Beliau menjelaskan, situasi itu menjadi liabiliti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berdepan pertuduhan rasuah yang belum lagi dibuktikan duit masuk ke akaun miliknya sendiri.

“Kalau ikut data Melayu bergabung ke arah PN, kerana Melayu dalam UMNO sendiri pun tidak akan undi UMNO lagi dan di Selangor akan jatuh ke tangan PN kecuali di bandar-bandar Cina, situasinya 50-50.

“GTA akan menyokong PN kerana matlamat kita untuk menghadapi PRU16 kerana PRN ini tidak membantu kita mengubah apa-apa dasar.

“PRU16 bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara pakatan parti politik terbesar sekali gus mengulangi peristiwa bagaimana Melayu memberontak melawan Malayan Union,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker