Pemilihan UMNO: Ku Li akhirnya dicabar, Izani tidak gentar

 

Keputusan Che Mohd. Izani menawarkan diri untuk jawatan itu dibuat bertujuan memberi nafas baharu kepada saf kepimpinan UMNO Bahagian Gua Musang selain semula kepercayaan orang muda terhadap parti.

Menurutnya, sudah tiba masanya Gua Musang mendapat ketua baharu yang dapat bekerja dan membawa nama parti ke tahap lebih baik selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.



“Kekalahan itu merupakan isyarat jelas yang rakyat mahukan perubahan kepimpinan. Saya yakin jika para perwakilan Gua Musang berani melakukan perubahan, akar umbi UMNO akan kembali kuat.

“Saya melihat tiada siapa yang berani mencabar Ku Li, jadi saya bertindak untuk mencabar jawatannya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Che Mohd. Izani yang merupakan Ketua Cawangan Felda Aring 2 memberitahu, jika diberi mandat sebagai Ketua UMNO bahagian, dia bertekad memperjuangkan hak serta menarik lebih ramai penyertaan orang muda untuk menyertai UMNO.

Katanya, Ketua UMNO Bahagian yang baharu perlu bekerja kuat serta memberi nafas baharu terutamanya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.



“Saya menghormati Ku Li sebagai orang lama, namun politik sekarang ini memerlukan perubahan termasuk pemimpin.

“Ku Li sepatutnya bersara dan memberi laluan kepada orang muda untuk memimpin. Saya melihat orang muda di daerah ini sudah tawar hati dan hilang minat dengan UMNO. Kita tidak mahu di saat kita menghadapi PRN, ada yang sabotaj atau berpaling tadah meninggalkan parti,” ujarnya.

Ku Li akan dicabar buat kali kedua sejak memimpin bahagian tersebut selama 64 tahun.

Kali pertama bekas Menteri Kewangan itu dicabar oleh bekas Ketua Pemuda ketika itu, Datuk Bazlan Baharuddin pada pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang 2013.



Untuk pemilihan kali ini ahli UMNO, Datuk Shaari Lembut dan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Che Izani.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah



Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker