Encik Sajat tak kisah barang miliknya dilelong

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat memaklumkan dia tidak kisah barangan miliknya akan dilelong di kediamannya di Kota Damansara di sini pagi esok.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Sajat berkata, ini kerana dia sudah tidak lagi berada di Malaysia dan tindakan untuk menyita dan menjual harta miliknya tidak memberi sebarang kesan terhadapnya.

Sajat mendakwa tindakan itu dibuat sebagai helah agar dia pulang semula ke Malaysia.

“Itu semua permainan mereka untuk suruh saya balik Malaysia. Tak nak lah (balik ke Malaysia), saya duduk di sini (Australia),” katanya.

Sementara itu, Sajat turut memaklumkan rumahnya tidak dijual, sebaliknya ia hanya melibatkan barangan di dalamnya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta usahawan itu disita bagi menuntut pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn. Bhd. – K! ONLINE

Encik Sajat tak kisah barang miliknya dilelong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah tidak pernah hadir sidang, Rais kirim salam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker