Kes Kamal Adli diserang kerana cemburu nikahi Uqasha Senrose
PETALING JAYA – “Suspek beritahu cemburu Kamal kahwin dengan saya.”
Demikian dakwa pelakon Uqasha Senrose tentang motif serangan seorang lelaki difahamkan warga Singapura terhadap suaminya, Kamal Adli menggunakan chota (kapak India dengan pemegang panjang) sehingga mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan harus ditidurkan.
Ujar Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, penyerang sempat menjerit cemburukan pelakon berusia 37 tahun itu kerana berkahwin dengannya.
“Kata suspek dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya,” katanya.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan Uqasha dalam InstaStorynya, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga memaklumkan suaminya telah lama menjadi sasaran suspek untuk diserang sebelum kejadian tersebut berlaku malam tadi.
Lebih menakutkan, Uqasha turut berkongsi tangkap layar paparan mesej dikirimkan seseorang yang mengugut untuk membunuh suaminya.
“Hey! Pesan sama Kamal Adli anjing. Aku mesti bunuh dia. Aku mesti seksa dia habis-habisan okey. Semua anjing keparat,” tulis mesej ugutan tersebut yang dikongsikan Uqasha.
Pada masa sama, Uqasha, 30, turut meminta orang ramai supaya tidak meninggalkan mesej yang boleh mengganggu emosinya berkaitan serangan yang menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di kepala.
Kata Uqasha, sebagai seorang isteri, dia berasa sangat trauma atas apa yang berlaku lebih-lebih lagi kejadian tersebut terjadi di depan matanya.
“Kalau tak ada benda elok atau baik nak cakap, jangan kata apa-apa. Suami aku berdarah-darah depan mata aku.
“Aku isteri, aku trauma dan menggigil. Tolong jangan komen benda bodoh,” ujarnya kesal.
Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek dalam Instagram memaparkan dirinya sedang menangis di hospital berkongsi keadaan terkini dan memohon doa daripada orang ramai buat suaminya.
Kamal juga terpaksa ditidurkan bagi menjalani satu pembedahan major pada kepada selepas diserang seorang individu tidak dikenali ketika berada di sebuah acara jualan di Singapura.
Difahamkan Uqasha dan Kamal masih berada di Kota Singa itu untuk rawatan dan siasatan polis sebelum dibenarkan pulang ke Kuala Lumpur
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Gelombang Abah lebih besar dari Reformasi PKR – Takiyuddin
- Hadi langgar larangan kuliah di masjid
- Wan Fayhsal pertahan ‘rancang rampas kerajaan’ Hadi
- Syarikat, individu terlibat dalam perbicaraan Muhyiddin
- Ustaz Zainul Asri minta maaf
- 1MDB, Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun
- Muhyiddin akan didakwa lagi pada Isnin – Peja
- Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB
- Kerajaan tak menindas negeri pembangkang, malah tambah peruntukan – Anwar
- Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek – Anwar
- Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar
- Hamzah sibuk hal UMNO
- Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]
Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]