Syukur dapat ‘muka baru’ lepas 13 tahun

Syukur dapat ‘muka baru’ lepas 13 tahun

Selepas 13 tahun melalui pelbagai episod duka dalam hidup angkara bapa kandungnya, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 21, kini tampil lebih yakin dan kembali ceria.

Ini selepas ada pihak sudi menaja rawatan pemulihan wajahnya akibat disimbah asid oleh bapa kandung sendiri pada tahun 2010.

Nurul yang ditemui di ibu negara hari ini baru saja selesai menjalani rawatan pemulihan wajahnya buat kali kedua, semalam.

Dengan kos rawatan dianggarkan sekitar RM20,000, Nurul perlu menjalani 10 kali rawatan bagi membolehkan wajah pulih ke tahap 50 peratus.

Bercakap kepada pemberita di Pusat Khidmat Anggota Parlimen Seputeh di Kuala Lumpur, Nurul mengucapkan syukur tak terhingga.

Sebak memulakan bicara, Nurul berkata kesihatannya baik selepas menjalani rawatan pertama.

Bagaimanapun, katanya, dia sukar bernafas ketika demam demam dan selesema.

Ditambah lagi kerana saluran hidungnya semakin sempit.

Bagaimanapun, selepas rawatan kedua, perkara itu tidak berulang.

“Saya terharu, selama 13 tahun tak pernah terfikir ada orang akan bantu saya.

“Kalau dahulu apabila demam atau selesema, saya tak boleh bernafas melalui hidung tetapi selepas jalani dua kali rawatan, keadaanya semakin baik.

“Masa terapi laser tak sakit. Tetapi masa suntikan ada rasa sakit sikit tapi tak apa sebab hasilnya memuaskan.

“Sebelum rawatan pun saya kesan parut di wajah saya agak dalam dan tebal semakin menipis.

“Ada juga kesan parut yang mula hilang, “katanya pada sidang akhbar bersama Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Kuala Lumpur, hari ini.

Bapa mengamuk emak minta cerai

Pada Ogos 2010 lalu, Nurul dilaporkan cedera parah di muka dan mata, manakala adik lelakinya, Mohd Irfan Fidaus Mat Haizan, cedera akibat disimbah asid oleh bapanya yang sedang mengamuk.

Tragedi malang di Kampung Sekayu, Kuala Berang, Terengganu itu dipercayai berlaku selepas ibu Nurul, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 41, menuntut cerai dari bapanya.

Sementara itu, menceritakan kembali kisah sedih anak beranak dari Kuala Berang, Terengganu itu, Che Ku Zaimah tidak dapat menahan tangisnya.

Che Ku Zaimah yang hadir menemani Nurul dilihat begitu terkesan dengan nasib yang menimpa anaknya.

Namun, Che Ku Zaimah tetap memanjatkan rasa syukurnya atas ihsan yang dihulurkan Kok.

Che Ku Zaimah berkata dulu mungkin dia sudah berhenti berharap untuk melihat anaknya kembali tersenyum.

Bagaimanapun, kata Che Ku Zaimah siapa sangka harapan yang sebegitu besar hadir buat Nurul dan kali ini ia benar-benar direalisasikan.

“Sebelum ini tiga bulan kami berada di hospital bagi menerima rawatan tapi selepas itu kami terpaksa menghentikannya kerana masalah pengangkutan.

“Sebelum ini juga Nurul dijanjikan untuk menjalani pembedahan plastik untuk merawat wajah yang memerlukan kos RM100,000 pada 2016, namun hasrat tersebut berlalu begitu saja.

“Cuma kali ini YB (Teresa Kok) benar-benar tunaikan hasrat Nurul,” katanya sambil mengucapkan terima kasih tak terhingga buat Teresa.

Menurut Che Khuzaimah, antara dia bertiga, kecederaan Nurul yang paling teruk apabila melecur di muka dan dada, manakala Irfan hanya sedikit saja di pipi.

Justeru, besarlah harapannya untuk melihat anak gadisnya itu pulih dan dapat meneruskan hidup.

Kok telefon doktor

Sementara itu, Teresa berkata, dia terpanggil untuk membantu Nurul sebaik ketika membaca laporan media tempatan mengenai kisah gadis itu sebelum menghubunginya baru-baru ini.

Menurut Teresa, dia juga bernasib baik apabila ada sebuah klinik swasta di Bangsar yang sanggup membantu dengan manaja kos rawatan Nurul.

“Apabila baca berita Nurul Dahyatul Fazlinda, saya rasa sedih kerana sebagai wanita kita mementingkan jaga kecantikan. Jadi saya hubungi beberapa doktor yang saya kenal untuk membantunya.

“Dia kini telah menjalani dua rawatan. Saya lihat ada perubahan pada mukanya yang nampak lebih ceria berbanding sebelum ini,” katanya.

Katanya, doktor memberi jaminan sekurang-kurangnya kesan parut tersebut akan pulih sebanyak 50 peratus.

Pada masa sama, Teresa juga berkata dia akan cuba membantu Nurul untuk menyambung pengajian di peringkat vokasional atau kursus jangka pendek bagi membolehkannya mencapai impian memajukan kedai makan yang diusahakan bersama ibunya di Kuala Berang. Mk

Syukur dapat ‘muka baru’ lepas 13 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil

Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker