Koleksi tudung Loveta Ramadhan
Koleksi tudung Loveta Ramadhan
Ketika ini pelbagai jenama tudung rancak memperkenalkan koleksi sempena ketibaan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.
Bagi jenama tudung Loveta, menampilkan koleksi Ramadan dan lebih menarik dengan eksklusif pertama tudung Assyfa bercorak.
Pengasas Ratasya Empire Sdn Bhd, Siti Fatimah Suberi, berkata edisi terhad Assyfa bercorak, didatangkan dalam tujuh pilihan corak dan diinspirasikan daripada bentuk bunga dan abstrak.
Katanya, koleksi itu masih mengekalkan ‘tagline’ jenama itu, iaitu tujuh saat siap bagi memudahkan pengguna untuk mengenakan tudung itu dalam tempoh tujuh saat.
“Koleksi ini ditampilkan bertujuan dipakai Muslimah yang sukakan konsep sederhana dan lebih mementingkan fungsi tudung terutama pada Ramadan, dan pada masa masa masih mahu kelihatan ‘fashionable’.
“Saya percaya peminat tudung Assyfa menantikan kemunculan koleksi bercorak, bermotif atau bercetak.
“Tudung tidak perlu digosok dan sesuai dipadankan dengan jubah untuk ke masjid bagi menunaikan ibadah solat Terawih, mengaji, kuliah agama dan amalan sunat lain,” katanya ditemui di Butik Loveta di Puchong Prima, Selangor.
Susulan permintaan tinggi sejak diperkenalkan pada 2019, tudung Assyfa dikenali bukan sahaja kerana fungsinya sedia dipakai, tetapi turut popular kerana fabriknya yang premium, ringan dan beralun apabila ditiup angin.
“Untuk koleksi ini, pengguna tidak perlu risau kualiti fabrik kerana masih menggunakan fabrik sama seperti sebelumnya.
“Yang membezakan hanya corak yang didominasi warna pastel, tanah, krim dan gelap,” katanya menyasarkan jualan sebanyak 30,000 helai tudung dari koleksi itu.
Mula dijual hari ini
Siti Fatimah berkata, koleksi Ramadan itu akan mula dijual di pasaran mulai hari ini menerusi ejen, stokis, dropship, website, platform sosial media dan di butik.
Katanya, mereka yang membeli kesemua tujuh helai tudung dari koleksi itu akan mendapat secara percuma mangkuk tingkat ‘Tiffin’ dengan motif tudung itu yang bernilai RM79.
“Bagi yang berminat mendapatkan mangkuk tingkat itu, mereka masih berpeluang memperoleh dengan membeli mana-mana dua helai tudung dari koleksi Ramadan dan berpeluang membeli ‘Tiffin’ dengan harga RM49,” katanya.
Selain koleksi Ramadan, Loveta juga bakal tampil dengan koleksi Aidilfitri, iaitu Safeeya Raya, boleh mula dibeli mulai 28 Mac ini.
Koleksi Aidilfitri masih tampil dengan tudung segera atas permintaan pengguna yang mahukan tudung pakai siap sesuai dengan ‘tagline’ Loveta.
“Dicipta khas untuk pencinta hijab segera dengan koleksi eksklusif tersedia dalam lapan pilihan warna, iaitu warna tanah, pastel, krim, biru gelap dan maroon.
“Ia sesuai dipakai sempena Aidilfitri bagi menyerlahkan penampilan berikutan penggunaan kain premium dan tampak elegan untuk si pemakai.
“Ciri kekemasan jahitan dan ayunan (flowy) fabrik supaya tampak mewah dan anggun di pagi lebaran,” katanya menyasarkan jualan 50,000 helai koleksi itu.
Safeeya Raya fabrik ringan dan berangin supaya si pemakai akan berasa sejuk ketika mengenakannya sekali gus sesuai untuk busana lebaran.
Sempena Ramadan dan Aidilfitri, Loveta turut menganjurkan Riuhnya Raya, iaitu peraduan beli dan menang pelbagai barangan bernilai RM20,000 termasuk sebuah motosikal, barangan kemas, barangan elektrik dan banyak lagi. BH
Koleksi tudung Loveta Ramadhan
Baca Artikel Menarik:
- Tun atau Tan Sri tak terlepas siasatan – Anwar
- Farid Kamil perli siapa tu?
- MP PAS minta maaf pada Baby Shima
- Najib lanjut pengajian pasca siswazah
- Yazmin Aziz yakin hubungan kali ini tahan lama
- Musa Hassan bagi tips buat para isteri
- Tiket konsert Hael Husaini tak laku?
- Sultan Johor kini pemegang saham kedua terbesar dalam Melaka Gateway
- Apa dah jadi dengan UMNO? – Hishammuddin
- Kenal di WeChat, terus buat ‘projek’
- Dipukul setengah mati, saya maafkan, curi wang, saya tiada kuasa maafkan – Anwar
- Malu betul Presiden dan timbalan kekal berkuasa kerana ehsan menteri PKR – Khairy
- Tayar treler terpelanting bunuh peniaga air di Setiu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]
Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis
You must be logged in to post a comment.