Wajib semak dahulu ayat Al-Quran sebelum jual – JAKIM
Peniaga perhiasan ayat al-Quran terutama di Nilai 3 di sini perlu bertanggungjawab membuat semakan bagi memastikan tiada kesalahan dari segi ayat atau kandungan teks sebelum dijual kepada pelanggan.
Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ahmad Husaini Mustafa berkata, kemungkinan ada dalam kalangan peniaga atau pemborong perhiasan ayat al-Quran tidak sensitif dengan menggunakan alasan diambil terus daripada pembekal.
“Barang-barang yang sampai perlu disemak terlebih dahulu. Sepatutnya perhiasan ayat al-Quran itu perlu diselia oleh pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar tidak berlaku kesalahan.
“Sekiranya ayat salah, maknanya jadi lain, Kita gantung perhiasan ini untuk mencantikkan rumah dan lebih parah jika maksudnya lari daripada ajaran agama Islam,” katanya selepas merasmikan Program Advokasi Peniaga-Peniaga dan Pengusaha Bingkai Ayat Al-Quran di sini.
Sementara itu, Pengarah KDN Negeri Sembilan, Mohamad Ridzuan Yusof berkata, berdasarkan pemerhatian pihaknya, sebahagian peniaga tidak tahu berkenaan kesahihan ayat al-Quran yang dijual di premis mereka.
“Biasanya, kesilapan yang dikesan pada perhiasan ayat al-Quran ini adalah yang diimport. Jadi kita nasihatkan peniaga untuk semak dengan membuat rujukan di aplikasi Smart al-Quran yang diluluskan Lembaga Kawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran KDN,” katanya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mahu berunding atau bermusuh, Anwar tanya pembangkang
- Wetland Studios Putrajaya dibuka 1 Mei
- Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes
- 70% aset, dana 1MDB diperoleh semula
- Petaling Street digempur 4 agensi
- Pukul Isteri Hingga Lebam Kerana Tegur Marah Anak
- Moderator TikTok Bakal Didakwa Dera Monyet Sampai Mati
- Jangan serang kami, Anwar beritahu Hadi
- Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid
- JDT mengamuk seperti Liverpool, belasah N Sembilan 7-0
- Saya maafkan menantu walaupun dua nyawa jadi korban
- Projek Musang King: Orang Asli dakwa dihalau kelaur dari tanah adat
- Guan Eng dedah diugut Mahathir 3 kali untuk dipecat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.