SPR putuskan tiada keperluan pilihan raya di 4 DUN Pulau Pinang
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya bagi mengisi kekosongan luar jangka di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia memandangkan DUN Pulau Pinang akan terbubar dalam tempoh kurang dari dua tahun mengambil kira proviso di bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
“SPR telah menerima pemakluman daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berhubung status kekosongan luar jangka empat kerusi DUN negeri itu.
“Pemakluman itu diterima melalui surat bertarikh 6 Mac (semalam) selepas usul pengisytiharan kekosongan di bawah perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Senarai kerusi dan ahli DUN yang terlibat adalah Seberang Jaya N10 (Dr. Afif Bahardin), Sungai Acheh N21 (Zulkifli Ibrahim) Bertam N2 (Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq) dan Telok Bahang N40 (Zolkifly Md. Lazim).
Semalam, empat ADUN pembangkang Pulau Pinang itu diarah keluar meninggalkan sidang DUN selepas usul pengosongan kerusi disandang mereka diluluskan sidang DUN.
Terdahulu, usul Pengisytiharan Kekosongan Kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di bawah Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang itu dicadangkan oleh Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (PKR-Pinang Tunggal) dan disokong Jagdeep Singh Deo (DAP- Datuk Keramat).
Ini selepas mengambil kira kepentingan usul tersebut yang berkaitan dengan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta berikutan keputusan mahkamah berkenaan enakmen anti lompat parti pada 2 Mac lalu
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mahu berunding atau bermusuh, Anwar tanya pembangkang
- Wetland Studios Putrajaya dibuka 1 Mei
- Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes
- 70% aset, dana 1MDB diperoleh semula
- Petaling Street digempur 4 agensi
- Pukul Isteri Hingga Lebam Kerana Tegur Marah Anak
- Moderator TikTok Bakal Didakwa Dera Monyet Sampai Mati
- Jangan serang kami, Anwar beritahu Hadi
- Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid
- JDT mengamuk seperti Liverpool, belasah N Sembilan 7-0
- Saya maafkan menantu walaupun dua nyawa jadi korban
- Projek Musang King: Orang Asli dakwa dihalau kelaur dari tanah adat
- Guan Eng dedah diugut Mahathir 3 kali untuk dipecat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi