Jangan sentuh wang ihsan kami – MP PN
Jangan sentuh wang ihsan kami – MP PN
Ahli Parlimen Perikatan Nasional dari Kelantan dan Terengganu bersuara terhadap rancangan kerajaan melalui Belanjawan 2023 untuk mengambil sebahagian daripada “wang ihsan” dari negeri itu bagi membiayai program pembasmian kemiskinan.
Ia dibayar oleh Putrajaya kepada dua kerajaan negeri terbabit untuk hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai mereka.
Menteri kewangan sebelum ini, Tengku Zafrul Aziz, menjelaskan kedua-dua negeri tidak dibayar royalti minyak kerana pengeluarannya dijalankan di luar perairan negeri.
Pada pembentangan Belanjawan 2023 bulan lalu, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperuntukkan jumlah yang tidak dinyatakan daripada “wang ihsan” kedua-dua negeri untuk membantu golongan miskin.
Pada sidang media di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan mendakwa ia bercanggah dengan pendirian beberapa anggota kerajaan berhubung pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.
Beliau mendakwa manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) 2018 berjanji untuk membayar royalti tahunan 20% kepada negeri pengeluar minyak. Perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad kemudian berkata royalti adalah 20% daripada keuntungan minyak dan gas, bukan hasil.
Beliau juga mendakwa jawatankuasa kewangan negara bersetuju pada Jun 2018 untuk menghentikan pembayaran wang ihsan, sebaliknya menyalurkan royalti minyak terus kepada Terengganu dan Kelantan.
Kini, Takiyuddin berkata, kerajaan langsung tidak mahu memberikan tuntutan 5% daripada hasil minyak dan gas oleh dua negeri itu.
“Kami menuntut kerajaan pusat menjelaskan sendiri mengenai perkara itu,” kata setiausaha agung PAS itu.
Beliau turut disertai Ahli Parlimen PN lain dari Terengganu dan Kelantan pada sidang media itu. Pada PRU15, PN menyapu bersih semua 22 kerusi Parlimen di dua negeri Pantai Timur itu.
Minggu lalu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata Akta Laut Wilayah menetapkan kerajaan negeri hanya berhak mendapat royalti minyak jika ia ditemui dalam lingkungan tiga batu nautika dari pantai mereka.
Sebelum ini, pemimpin dari Kelantan dan Terengganu pimpinan PAS berkali-kali menggesa Putrajaya membayar royalti minyak terus kepada negeri, dengan menegaskan mereka berhak menerimanya bawah perjanjian dengan Petronas yang ditandatangani pada 1975.
Pada 2021, bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, juga berkata tiada perkara seperti pembayaran “wang ihsan” kerana perjanjian adalah untuk Petronas membayar negeri-negeri 5% dalam pembayaran tunai sebagai pertukaran untuk mereka meletak hak hidrokarbon atau hak minyak dan gas dalam syarikat minyak. FMT
Jangan sentuh wang ihsan kami – MP PN
Baca Artikel Menarik:
- Mahu berunding atau bermusuh, Anwar tanya pembangkang
- Wetland Studios Putrajaya dibuka 1 Mei
- Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes
- 70% aset, dana 1MDB diperoleh semula
- Petaling Street digempur 4 agensi
- Pukul Isteri Hingga Lebam Kerana Tegur Marah Anak
- Moderator TikTok Bakal Didakwa Dera Monyet Sampai Mati
- Jangan serang kami, Anwar beritahu Hadi
- Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid
- JDT mengamuk seperti Liverpool, belasah N Sembilan 7-0
- Saya maafkan menantu walaupun dua nyawa jadi korban
- Projek Musang King: Orang Asli dakwa dihalau kelaur dari tanah adat
- Guan Eng dedah diugut Mahathir 3 kali untuk dipecat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET